• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Diuji di Aragon, Enjin Triumph Siap Sedia Hadapi Cabaran Moto2 Musim Depan

Diuji di Aragon, Enjin Triumph Siap Sedia Hadapi Cabaran Moto2 Musim Depan

June 28, 2018 By ZY 3 Comments

FacebookTwitter


TRIUMPH nampaknya semakin bersedia mengambil tempat Honda sebagai penyumbang enjin untuk siri perlumbaan Moto2 musim depan menerusi ujian dilakukan di litar Aragon, Sepanyol baru-baru ini.

Ini kali pertama Triumph menguji enjin 3-silinder 765cc spesifikasi perlumbaan di trek, yang mana ujian kali ini disertai tiga pasukan Moto2: Kalex, KTM dan NTS. Ketiga-tiga pasukan itu berpeluang menguji prototaip jentera terbaru masing-masing dengan casis dan unit kawalan elektronik (ECU) perlumbaan baharu daripada Magneti Marelli sebagai persiapan musim 2019.

Ketua Pegawai Produk (CPO) Triumph, Steve Sargent berkata, ujian kali ini berjalan lancar seperti dirancang.

Sangat menarik menyaksikan casis baharu dan enjin 3-silinder 765cc kami atas trek, dan lebih menarik dapat menyaksikan keputusan hebat dalam ujian pertama."

Enjin digunakan untuk cabaran Moto2 musim akan datang ialah model sama seperti digunakan Triumph Street Triple RS. Bezanya, enjin versi ujian ini mendapat modifikasi perlumbaan.

https://youtube.com/watch?v=bDT8y0WEfxo%3Fecver%3D2

Ini termasuk klac sliper prestasi tinggi yang boleh ditala, kepala silinder atau head dan pelindung enjin yang sudah diubah suai, injap titanium, alternator output rendah dan nisbah gear pertama lebih tinggi - antara beberapa modifikasi yang dibuat.

Sejak 2010, enjin Jepun 600cc 4-silinder sebaris buatan Honda CBR600R menjadi enjin pilihan untuk kejuaraan Moto2. Bagaimanapun, tahun ini ialah tahun terakhir trenkuasa itu digunakan sebelum digantikan enjin British yang lebih besar.

GALERI
enjin-triumph-moto2-3
enjin-triumph-moto2-9
enjin-triumph-moto2-10
enjin-triumph-moto2-6
enjin-triumph-moto2-7
enjin-triumph-moto2-8
enjin-triumph-moto2-5
enjin-triumph-moto2-4
enjin-triumph-moto2-2
enjin-triumph-moto2-1

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: kalex moto2, ktm moto2, Litar Aragon, Moto2, moto2 2019, moto2 test triumph aragon, MotoGP, MotoGP 2019, nts moto2, Steve Sargent, sukan permotoran, Triumph, triumph moto 2, Triumph Street Triple RS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev