• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #RetroAuto: Van Keicar Suzuki Every yang Laris di Jepun, Sudah 3 Juta Unit Terjual

#RetroAuto: Van Keicar Suzuki Every yang Laris di Jepun, Sudah 3 Juta Unit Terjual

June 28, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

908
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI ialah Suzuki Every, iaitu model Keicar daripada spesies van mini (atau trak) yang sebelum ini dikenali sebagai Carry. Ia tidaklah sebesar kereta Smart, tetapi ada banyak ruang. Menariknya, model ini dalam versi van muatan atau truckload mencatatkan angka jualan yang baik.

Malah, hanya di Jepun (yang menjadi pasaran utama), Suzuki sudah menjual 3 juta unit Every, generasi demi generasi dalam pelbagai gaya badan sejak generasi pertama dilancarkan pada 1964.

BACA >>> Foto Rasmi Suzuki Jimny (2019) Didedahkan Menjelang Pelancaran Rasmi Oktober Ini

Jualan 3 juta unit mungkin tidak cukup untuk menyenaraikan Every (dan Carry) sebagai kenderaan paling laris dunia. Sebagai perbandingan, Toyota menjual lebih 40 juta unit Corolla dalam tempoh sama. Apapun, semestinya model itu memiliki daya tarikan yang lebih besar. Malah angka puluhan juta itu dicapai di seluruh dunia, bukan di Jepun sahaja.

Tetapi, janga lupa pertimbangkan, Porsche cuma menjual sejuta model 911, dan itulah model paling prolifik pengeluar Jerman itu. Mercury (divisyen dalam Ford yang sudah bangkrap) pula tidak pernah menjual Grand Marquis sebanyak itu walaupun itu model paling popular dalam sejarah pengeluar tersebut.

Ini termasuk Volvo dengan model 200 Series, Land Rover menerusi Defender dan Lincoln dengan Town Car atau Smart untuk Fortwo. Semua model disebutkan itu ialah produk paling popular dalam syarikat masing-masing.

BACA >>> Suzuki Swift Attitude SE - 350 Unit Sahaja dengan Enjin Hibrid, Gear Manual

Apa yang sangat menakjubkan ialah tentang bagaimana Suzuki melonjakkan pengeluaran syarikat itu sepanjang beberapa dekad lalu. Faktanya, pengeluar dari Jepun itu mengambil masa 27 tahun (1964-1991) untuk mencapai jualan satu persejuta (milionth) unit Carry di Jepun.

Namun, hanya 15 tahun kemudian (pada 2006) barulah Suzuki mencapai satu lagi jualan satu persejuta unit. Kini, ia hanya mengambil masa 12 tahun untuk angka jualan sama bagi tahun seterusnya.

Pada tahap yang mana Every masih lagi dihasilkan, model itu secara tidak langsung melayakkan Suzuki tersenarai sebagai pengeluar automotif paling laris di pasaran domestik Jepun (JDM), terutama dalam kelas kenderaan komersial ringan.

Ini menunjukkan, walaupun Suzuki mungkin menarik diri dari pasaran kereta baharu Amerika Utara (termasuk di Malaysia juga), jenama itu masih menjadi pemain besar di Jepun.

BACA >>> Lakaran VW Caddy (2020) Didedah, Van Komersial dengan Rekabentuk Mengancam

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

908
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jepun, Keicar, minivan, Roda4, Suzuki, Suzuki Carry, Suzuki Every, Van, van mini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my