NILAI semasa Grab dikatakan lebih AS$10 bilion (RM40.2 bilion) dan pada awal tahun ini berjaya mengambil alih perniagaan Uber di Asia Tenggara, sekali gus memonopoli pasaran teksi e-hailing di Malaysia.
Terbaharu, pengeluar automotif dari Jepun, Toyota bersetuju melaburkan sejumlah AS$1 bilion (RM4 bilion) untuk Grab dengan diberikan kerusi lembaga pengarah dan dapat menempatkan seorang pegawai eksekutif dalam barisan kepemimpinan Grab, menurut Tech Crunch.
Naib Presiden Eksekutif Toyota, Shigeki Tomoyama berkata, melangkah ke depan bersama Grab akan membantu Toyota membangunkan perkhidmatan yang lebih menarik, selamat dan terjamin untuk pelanggan di Asia Tenggara.
BUKAN SATU-SATUNYA
Toyota bukan satu-satunya syarikat yang melabur dalam Grab. Hyundai baru-baru ini memberikan sokongan kewangan untuk syarikat itu. Ini termasuk, SoftBank (Jepun) dan syarikat teksi e-hailing dari China, Didi Chuxing dengan jumlah pelaburan terkumpul bernilai AS$2.5 bilion (RM10 bilion), tahun lalu.
Berpangkalan di Singapura, Grab mendakwa ada lebih 100 juta muat turun dibuat merentasi lapan negara Asia. Dalam satu kenyataan, Grab mengakui kerjasama dengan Toyota dalam mewujudkan jaringan pengangkutan lebih efisien yang akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar Asia Tenggara."
BACA >>> Budaya 'Prebet Sapu Motosikal' Bantu GO-JEK Raih Pendapatan Hingga RM5.8 Bilion
Walaupun meraih penguasaan Uber di pasaran tempatan, Grab masih perlu bersaing dengan syarikat teksi e-hailing lain di Asia Tenggara. Nilai Go-Jek dari Indonesia dikatakan berjumlah AS$4.5 bilion (RM18.13 bilion), dan kini sedang merancang meluaskan perniagaan ke empat pasaran baru dalam masa terdekat.
Apakah Go Jek akan memasuki pasaran Malaysia? Apakah selepas ini kita akan merasa naik Grab dengan Toyota 86, atau C-HR? 😀
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply