PAKAR manipulasi foto, Ajerul Antoine kembali lagi. Kali ini, anak muda berasal dari Kelantan itu menampilkan foto model bakal SUV pertama Proton.
Jika diperhatikan secara teliti, ia tampak seakan sama seperti model yang dipertontonkan kepada Tun Mahathir Mohamad, baru-baru ini.
Tun Mahathir semalam dalam satu sidang media turut memuji SUV berkenaan. Menurutnya, SUV Proton itu bagus dan berkualiti tinggi serta sesuai untuk rakyat Malaysia.
Model yang dipandu uji Mahathir itu juga jelas daripada model sebenar SUV Proton kerana didatangkan dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD). Secara tidak langsung, ia menjadi Boyue pertama di dunia yang menampilkan versi RHD.
Begitu juga logo yang sudah ditukar kepada Proton. Lebih menarik, bakal SUV Proton itu diambil daripada model facelift 2018 yang lebih anggun dengan perubahan luaran.
BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini
ENJIN 1.8L TURBO
Dari segi mekanikal, SUV itu akan menggunakan enjin 1.8L TGDi dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan berkuasa 181hp @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,500-4,000rpm. Malah, model SUV Proton itu juga dilengkapi fungsi mod ECO dan SPORT bagi pemanduan lebih menyeronokkan.
Bagaimanapun, kami menerima maklumat SUV Proton itu juga bakal akan menampilkan enjin 1.5L turbo pada tahun hadapan, bergantung kepada permintaan.
Aspek keselamatan, SUV Proton itu nanti didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini seperti:
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Amaran Lencong (LDW)
- Pengesan Titik Buta (BSD)
- Kawalan Suluh Tinggi Pintar (i-HBC)
- Kamera 360º 3D
- Penulen Udara Pintar (sama seperti Volvo)
- Sambungan Internet 4G
- Kawalan Jauh Telefon Pintar
Bagi anda yang ingin memilikinya, unit terawal SUV Proton berkenaan akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China dan diikuti dengan versi pemasangan tempatan (CKD), tahun depan.
Berapa harga? Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang info mengenai tanda harga akan ditetapkan bagi SUV Proton itu. Apa yang pasti, ia akan dijual pada harga mampu milik dan berbaloi dengan apa ditawarkan.
Persoalannya, cantik tak bakal SUV Proton ini?
BACA >>> The Mustard Saga Versi Ajerul Antoine Ini Memang Memberahikan
BACA>>> Teaser Proton Saga Baharu Dengan Bodykit R3 Oleh Ajerul Antoine
BACA>>> Rekaan Belakang Proton Saga Baharu Yang Memberahikan Oleh Ajerul Antoine
BACA>>> 3 Foto Proton Persona 2016 Menggiurkan Ini Akan Buat Anda Gigit Bibir
BACA>>> Foto Proton Saga 2016 Versi R3 Hasil Sentuhan Ajerul Antoine
BACA>>> Foto Manipulasi Proton Saga 2016 Awesome Oleh Ajerul Antoine
BACA >>> Proton Ertiga Premium Sentuhan Ajerul Antoine – Meleleh Beb!!!
Ahmad says
Nanti ramai pembeli akan tukar logo proton kpd logo Geely. Sama seperti wira & inspira ditukar kpd logo mitsubishi dulu
kzm says
lol.. tu keta brand jepun ni brand china