• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siap Sedia Hadapi Kenaikan Minyak, Sri Lanka Uji Petrol Baharu untuk Motosikal

Siap Sedia Hadapi Kenaikan Minyak, Sri Lanka Uji Petrol Baharu untuk Motosikal

June 26, 2018 By Aryon 1 Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Sri Lanka kini sedang mengkaji petrol jenis baharu untuk motosikal dan motor roda tiga sebagai alternatif menghadapi krisis harga minyak yang bakal meroket.

Menteri Pembangunan Sumber Petroleum, Arjuna Ranatungga berkata, Perbadanan Petroleum Ceylon (CPC) kini sedang melakukan kajian dan eksperimen yang setakat ini menampakkan hasil positif.

BACA >>> Saintis Belgium Temui Cara Tukar Udara Tercemar Kepada Bahan Api Hidrogen

Menurutnya, walaupun Kerajaan kurang senang dengan kenaikan harga bahan api, keputusan sukar mesti dibuat untuk mencari penyelesaian berhubung isu tersebut.

Arjuna berkata, dia percaya petrol jenis baharu itu, yang sudah diuji dan akan diperkenalkan kepada pengguna motosikal tiga roda dan motosikal biasa, akan membuahkan kejayaan.

Dia turut meminta kerjasama pasukan jurutera baharu yang dilantik supaya dapat menyumbang idea bernas dalam menambah baik teknologi terbaharu itu.

MALAYSIA PATUT MULAKAN USAHA!

Hmm, idea menarik juga untuk difikirkan Kerajaan Malaysia memandangkan dunia beberapa tahun akan datang memang bakal mengalami krisis bahan api kenderaan. Jadi tidak hairanlah banyak negara dunia sudah mula menjimatkan rizab minyak masing-masing sebagai simpanan untuk kegunaan lain yang lebih penting seperti logistik perdagangan, kecemasan dan ketenteraan, pengangkutan awam, perubatan dan pembuatan (ingat, petrol bukan untuk bahan api kenderaan saja!).

Antara langkah dilakukan ialah membangunkan sumber bahan api alternatif selain petrol, mula merancakkan jualan kenderaan elektrik (EV), menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awam dan melancarkan skim jualan petrol bersasar untuk mengelak pembaziran.

Apapun, menaikkan harga minyak bukanlah idea yang baik. Apatah lagi mengurangkan harga minyak hingga membebankan poket Kerajaan. Sepatutnya subsidi yang mahu diberikan itu dilaburkan untuk perkara lain daripada dileburkan untuk rakyat berterusan menuang minyak tanpa mengetahui petrol bukanlah sumber boleh diperbaharui.

Faham ke idok ni?

SUMBER: VisorDown

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, motosikal, petrol, Petrol Motosikal, Petrol Sri Lanka, roda2, Sri Lanka

Comments

  1. Mat sabu says

    June 27, 2018 at 10:37 AM

    bernas, sbernas bernasnya.......saya bersetuju untuk pandangan di atas

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev