• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chevrolet Blazer (2019) - Crossover Ikonik Muncul Semula dengan Lebih Anggun

Chevrolet Blazer (2019) - Crossover Ikonik Muncul Semula dengan Lebih Anggun

June 29, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CHEVROLET Blazer (2019) melakukan debut sebagai tanda kemunculan semula model ikonik General Motors (GM) selepas berdiam diri selama 24 tahun.

Mengambil konsep Chevrolet FNR-X, Blazer (2019) menampik rekabentuk luaran sporty dengan lampu LED tirus, dan gril hitam besar serta kesan siluet memukau. Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini akan mengisi ruang antara Equinox dan Traverse dalam barisan Chevrolet sedia ada yang sudah sekain lama tidak dihuni. Malah, Blazer juga berkongsi platform C1XX yang sama seperti Cadillac XT5 dan GMC Acadia.

Di bawah boney crossover saiz pertengahan ini ialah enjin 4-silinder 2.5L berkuasa 193hp dan tork 249Nm. Pembeli juga ditawarkan pilihan enjin V6 3.6L berkuasa 305hp dan tork 365Nm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi automatik 9-kelajuan GM. Enjin 2.5L dan 3.6 liter itu boleh dipasangkan bersama sistem pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD), tetapi AWD diberikan sebagai standard pada varian premium, Premier dan versi sporty RS.

ILHAM CHEVROLET CAMARO

Ruang kabin Blazer (2019) diilihamkan daripada Camaro yang memuatkan skrin paparan tengah dan ventilator penyaman udara bentuk bulat yang sama. Terdapat beberapa ciri dalaman unik lain seperti laci papan pemuka atau glove box kunci elektronik, kerusi belakang dengan fungsi pemanas (Premier dan RS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan roda stereng+pemanas dan kerusi depan+ciri pemanas/sejuk.

GM juga berbangga dengan sistem bantuan pemanduan pada model V6 yang memaparkan garis panduan pada kamera paparan belakang. Sistem ini dipadankan dengan kamera paparan belakang yang menjadikan kerja menunda lebih mudah. GM mendakwa Blazer V6 mempunyai keupayaan tundaan maksimum hingga 2,041kg atau 2 tan.

Blazer (2019), termasuk Blazer RS ​​dan Blazer Premium, dijadualkan tiba di pusat jualan GM pada awal tahun depan di pasaran Amerika Syarikat (AS).

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Chevrolet, Chevrolet Blazer (2019), Crossover, General Motors (GM), GM, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my