• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 6 Fakta Pantas | Honda CB250R Kini di Malaysia, Harga RM22,999 Sahaja!

6 Fakta Pantas | Honda CB250R Kini di Malaysia, Harga RM22,999 Sahaja!

June 24, 2018 By Admin PanduLaju 4 Comments

8.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMALAM kami ada mengumumkan tentang ketibaan dua model Honda baharu ke pasaran tempatan. Ternyata tekaan mengena dan satu lagi model yang menyusul bersama CB1000R, ialah adiknya, CB250R. Seronok tak ni?

Jadi kepada anda yang mengeluh kerana tidak mampu memiliki CB1000R yang berenjin besar, sekarang Boon Siew Honda (BSH) bawakan cafe racer versi sesaran lebih kecil. Jangan cakap BSH tak payunggg... 😛

Ramai mendakwa kehadiran CB250R bakal meneruskan legasi legenda Tiger 2000 yang ditamatkan pengeluaran sejak 2004. Jika semalam kami sudah menulis perincian mengenai si abang CB1000R, hari ini kami tuliskan pula 6 fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang CB250R:

BACA >>> Boon Siew Honda Lancar Cafe Racer Moden, Honda CB1000R (2018) Esok?

1. Honda CB250R didatangkan dengan lampu depan bentuk bulat dengan teknologi LED yang menyerlahkan gaya jentera cafe racer retro moden.  Lampu belakang juga dalam ciri LED.

2. Saiz tangki 10.1 liter tampil dengan rekaan berlekuk dan maskular yang memberikan imej sporty seperti abangnya, CB1000R.

3. CB250R turut dilengkapkan panel instrumen digital penuh yang memaparkan maklumat penting seperti perbatuan (odometer), trip meter, indikator petrol, dan jam digital moden berlatarkan warna biru.

4. Berat 145kg boleh dikatakan cukup ringan yang sama kelas dengan jentera naked. Padanan jarak kelegaan tanah 150mm dan ketinggian pelana 800mm agak tinggi. Penunggang bertubuh rendah mungkin sedikit sukar mengawal keseimbangan, terutama ketika berhenti di lampu merah.

5. Dijana enjin 250cc DOHC penyejukan cecair dengan kuasa maksimum 27.2hp (20.3kW) dan tork 23.3Nm. Transmisi pula daripada klac manuai 6-kelajuan dengan output cukup berprestasi dan tork tinggi.

6. Trenkuasa CB250R turut dibekalkan teknologi PGM-FI yang menawarkan penjimatan bahan api memuaskan.


HARGA

  • Honda CB250R: RM22,999
  • Honda CB1000R: RM74,999

*Kedua-dua model akan berada di pasaran Julai ini.


SPESIFIKASI CB250R

ENJIN: 4-lejang sebaris, silinder tunggal, DOHC, penyejukan cecair
SESARAN: 250cc
GEREK x LEJANG: 76mm x 55mm
KUASA MAKSIMUM: 27.2hp @ 9000rpm
TORK MAKSIMUM: 23.3Nm @ 8000rpm
SAIZ TANGKI MINYAK: 10.1 liter
JENIS KLAC: Klac manual
TRANSMISI: 6-kelajuan
DIMENSI: 2,020mm (panjang) x 805mm (lebar) x 1,050mm (tinggi)
JARAK RODA: 1355mm
TINGGI PELANA: 800mm
JARAK KELEGAAN TANAH:150mm
BERAT: 145kg
SUSPENSI DEPAN: Teleskopik USD
SUSPENSI BELAKANG: Lengan ayun monoshock
SAIZ RODA DEPAN: 110/70 R17
SAIZ RODA BELAKANG: 150/60 R17
BREK DEPAN: Cakera hidraulik ABS
BREK BELAKANG: Cakera hidraulik ABS

GALERI

 

Related

8.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Cafe racer, Honda, honda cb250r, Malaysia, roda2, sportbike

Comments

  1. Tan says

    October 16, 2018 at 7:58 PM

    Downpayment how much

    Reply
  2. Modh Firdaus says

    December 6, 2018 at 1:01 PM

    Where to see the bike Penang area Island side

    Reply
  3. hasif says

    January 29, 2019 at 2:55 AM

    apa beza dia dgn cb300r?

    Reply
  4. Abd rahman bin Abdul raffar says

    August 28, 2020 at 11:31 AM

    150 bila masuk malaysia?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev