• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi A1 Sportback (2019) Tampil Lebih Menggoda

Audi A1 Sportback (2019) Tampil Lebih Menggoda

June 21, 2018 By Han Othman 1 Comment

317
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AUDI A1 Sportback (2019) generasi kedua diperkenalkan secara rasmi selepas beberapa teaser model itu didedahkan kepada umum dengan menampilkan rekabentuk berkotak dan agresif berbanding generasi terdahulu.

Model yang direkabentuk semula itu kini tampil dengan gril frem tunggal lebar dan tiga lohong di celahan bonet yang diilhamkan daripada model Sport Quattro. Rekabentuk sisi dan belakang juga menggiurkan dengan garis badan berkarakter dan serba maskulin bersama barisan rim bersaiz 15 hingga 18 inci.

REKABENTUK MODEN, TERKINI

Pembeli ditawarkan dengan pelbagai opsyen seperti lampu utama LED, dan luaran S Line dengan tambahan ambilan udara besar, spoiler belakang besar dan skirt sisi khas, termasuk pilihan 11 warna bersama warna kontras untuk bumbung, cermin sisi, skirt sisi dan spoiler depan.

Gaya baharu model supermini ini disempurnakan dengan rakabentuk moden pada ruang dalaman yang berkualiti tinggi dalaman. Walaupun model asas, varian ini disiapkan dengan kluster instrumen digital 10.25 inci, roda stereng multifungsi, dan ventilator penyaman udara unik pada penumpang sebelah.

Tiga trim dalaman berbeza ditawarkan dan setiap satu menampilkan kemasan strip papan pemuka unik dan akses warna pada ventilator penyaman udara, konsol tengah dan hendal pintu.

Opsyen lain termasuk kerusi sport, kerusi depan dengan pemanas, dan pakej lampu ambien dengan 30 warna. Pembeli juga boleh menempah sistem radio MMI dengan skrin sentuh 8.8 inci atau navigasi MMI dan sistem dengan paparan 10.1 inci. Ini termasuk opsyen pakej konektiviti dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay berserta dua port USB.

PELBAGAI OPSYEN

2019-audi-a1-sportback-13
2019-audi-a1-sportback-14
2019-audi-a1-sportback-15

Ada dua pilihan sistem audio diberikan, iaitu sistem Audi dengan 8 pembesar suara atau sistem bunyi premium Bang & Olufsen dengan 11 pembesar suara.

Di bawah bonet, siap terhidang enjin TFSI, terdiri daripada barisan enjin 3-silinder 1.0L, 1.5L dan 2.0L (4-silinder). Bagaimanapun, Audi tidak memperincikan butiran spesifikasi. Sebaliknya mengesahkan enjin model baharu itu menawarkan output kuasa daripada 93hp hingga 197hp.

Dua transmisi akan ditawarkan, manual atau dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Namun, 40 TFSI akan didatangkan dengan transmisi eksklusif S tronic 6-kelajuan. Ciri suspensi juga berbeza pilihan, iaitu standardm suspensi sport, suspensi sport dengan absorber boleh laras, termasuk pakej Prestasi (Performance) dengan set brek besar.

Aspek keselamatan didatangkan dengan sistem bantuan pemandu bersama sistem amaran tukar lorong (LDW). Ciri keselamatan lai termasuk pengehad kelajuan, bantuan kelajuan adaptif, bantuan parkir, dan pra perlanggaran depan yang menggunakan sensor radar untuk mengesah potensi bahaya.

Menurut Audi, A1 Sportback (2019) akan mula menerima tempahan bermula musim panas ini sebelum pelancaran rasmi untuk pasaran Erorah pada musim luruh tahun ini. Harga di pasaran Jerman akan bermula di bawah €20,000 (RM92,811).

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

317
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Audi, Audi A1, Audi A1 (2019), Audi A1 Sportback (2019), Roda4, teaser, Volkswagen Group

Comments

  1. Haris says

    March 7, 2021 at 11:44 AM

    Kereta ni masuk Malaysia Tak

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev