• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Proton Satria GTI - Otai Masih Berbisa

Proton Satria GTI - Otai Masih Berbisa

November 10, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

545
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Satria GTIPROTON Satria GTI tidak dapat disangkal lagi dengan kehebatan dan cukup diminati serta sering menjadi rebutan walaupun sudah berusia hampir 18 tahun.

Model ikonik Proton berkapasiti 1.8L 4G93P yang sering menjadi sebutan itu adalah paling berkuasa pernah di keluarkan sepanjang sejarah pengeluaran model Proton satria ini. Didatangkan bersama bodykit signatur berwarna kelabu, sudah pasti ia mampu mencuri perhatian sesiapa saja yang melihatnya.

Proton Satria GTIENJIN KEKAL

Kali ini, kita akan lihat salah satu Satria GTI yang masih mengekalkan keasliannya. Untuk itu, pemiliknya Faris Izzat mengekalkan nadi jentera yang asal memandangkan enjin sedia ada sudah mampu memberi kepuasan.

Cuma bahagian piston nadi 4G93P menggunakan dari jenama Toto bersaiz 82mm untuk tujahan kuasa lebih maksimum. Pada bahagian head pula, ia sudah menjalani proses ‘port n polish’ untuk menambahkan lagi prestasi unggul nadi utama jentera ini.

IMG_7076

Untuk daya pecutan lebih unggul, throttle body jenis S90 ditempatkan bagi menggantikan yang asal.

Bagi bahagian pengambilan udara, ia menggunakan Velocity bagi memastikan saliran pengudaraan berada pada tahap memuaskan yang kemudian disalirkan ke ‘Muffler’ Apexi yang di import khas dari Jepun.

IMG_7083  IMG_7080

Aspek keselamatan, suspensi jenis boleh laras ‘hi low soft hard’ dari HWL telah dilantik khas mengawal keseimbangan jentera ini. Tugasan pada bahagian roda diserahkan kepada tayar jenis Rovelo bersaiz 195/55/15 bersama-sama rim replika CE28.

Memasuki perut jentera ini, pemiliknya mengekalkan barangan asli . Cuma kerusi Recaro jenis DB8 dipasang bagi menggantikan kerusi asal GTI.

IMG_7084

Beralih kepada bahagian luaran jentera ini, tiada pengubahsuaian dilakukan.Segalanya dikekalkan bagi memastikan karakter asal Proton Satria GTI ini.

Sekiranya terjumpa jentera ini di lebuh raya, awas jangan sesekali tegur. Takut nanti kena makan asap dek kehebatannya.

Teks : Zuhaidi Hasnizam      Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

Proton Satria GTISPESIFIKASI

Proton Satria GTi

ENJIN 4G93P
MODIFIKASI ENJIN Piston Toto 82mm, Head Port n Polish, Intake Velocity, S90 Throttle body, Highcam Duratech 272 degree, Work Adjustable Campulley, Work Fuel Regulator, NGK Cable Plug, Tomei Fuel Rail, Apexi Muffler Original from Japan
TRANSMISI Standard GTI, final drive Mivec 4.6
ELEKTRONIK E-Manage (last dyno 170hp)
SUSPENSI HWL Hi Low Soft Hard Adjustable
RODA Rim CE28 replica, Rovelo 195/55/15
DALAMAN Seat Recaro DB8, Standard GTI
LUARAN Standard GTI
BENGKEL & TUNER Fahmy Auto Garage (FAG) Kuala Pilah
PEMILIK Faris Izzat (Ijat)

Related

545
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Modi, Modifikasi, Proton, Proton Satria GTI, Tuner

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev