TC Euro Car, pengedar kenderaan Renault di Malaysia mengumumkan model terbaharunya CLIO GT LINE sudah boleh didapati di kesemua bilik pamerannya.
HARGA: (Termasuk GST tetapi tanpa insurans)
- Renault CLIO GT LINE - RM118,000
4 WARNA MENARIK:
- Biru (Malta Blue)
- Hitam (Diamond Black)
- Putih (Glacier White)
- Merah (Flame Red) - Tambahan RM5,000
Bagi peminat Renault yang mahukan gaya sporty, tetapi tidak pula memerlukan model R.S berprestasi tinggi, Renault CLIO GT LINE mungkin boleh dijadikan pilihan.
Memahami keperluan itu, TC Euro Cars memperkenalkan CLIO GT LINE yang hadir dengan enjin bersesaran 1.2L Turbocharged.
Jadi, apa beza antara CLIO R.S dan CLIO GT LINE? Secara luaran, rekabentuknya adalah hampir sama. Perbezaan ketara adalah aspek mekanikal.
PRESTASI:
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Bursa (Turki), model kompak ini dijana unit enjin Turbo Control Efficiency atau TCe 120 Renault bersesaran 1.2L. yang memiliki prestasi yang sama seperti enjin aspirasi biasa 1.8L.
Hasil bantuan kotak gear transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 118hp pada 4,900rpm dan tork puncak 190Nm (2,000rpm).
Pecutan dari sifar sehingga 100kmj mampu dibuat sepantas 9.4 saat dengan kelajuan maksimum 199kmj. Pada masa sama, ia juga menawarkan penjimatan sehingga 5.2L/100km dan emisi CO2 serendah 120g/km.
Wajah jentera ini diserlahkan menerusi lampu utama – bahagian bawahnya dipasang dengan kemasan krom serta satu set lampu nyalaan siang LED yang lebar.
Bahagian belakang pula hadir dengan rekabentuk bampar yang istimewa menampilkan spoiler sporty. Untuk tampak lebih garang, bahagian roda didatangkan dengan rim aloi khas bersaiz 17 inci.
Memasuki ruang dalaman, ia tampak ringkas. Hanya ada sistem multimedia di bahagian tengah papan pemuka. Sebagai tambahan, sistem audio dilengkapi sistem Renault Bass Reflex.
Sistem bunyi pintar ini diintegrasikan bersama unit pembesar suara pada pintu hadapan dan mampu menyalurkan volum dan kepuasan mendengar seperti sistem teater rumah.
Leave a Reply