• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP: Iannone Ganti Redding untuk Pasukan Aprillia Musim 2019

#MotoGP: Iannone Ganti Redding untuk Pasukan Aprillia Musim 2019

June 11, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

FacebookTwitter


ANDREA Iannone selamat dilamar pasukan Aprilia Racing Team Gresini bagi menggantikan Scott Redding musim 2019 dengan kontrak perjanjian selama dua tahun, sekali gus menamatkan spekulasi tentang masa hadapan pelumba dari Itali itu.

Ini bermakna musim ini bakal menjadi tahun terakhir Iannone bersama Suzuki Ecstar sebelum menyertai rakan pasukan baharu, Aleix Espargaró. Bos Aprilia, Romano Albesiano berkata, usaha mendapatkan pelumba berprofil tinggi seperti Iannone ialah bukti perancangan dan cita-cita Aprilia dalam usaha membina reputasi pengilang itu dalam kancah MotoGP.

BACA >>> Menjelang MotoGP 2018, Iannone Mengadu Suzuki GSX-RR Tidak Laju, Bergegar

"Dengan Iannone, kami ada seorang lagi pelumba sangat berbakat dan pantas yang menyerlahkan nilainya musim ini. Ketibaan dia ialah tanda komitmen Piaggio Group dan Aprilia yang semakin berkembang untuk program MotoGP.

"Jentera kami sudah menunjukkan ia mampu bergantung kepada asas teknikal yang sah. Sekarang kami perlu kekal fokus untuk musim 2018, bermula GP Barcelona akan datang.

andrea-iannone-1
andrea-iannone-2

"Kami ada pasukan kuat yang tidak pernah berhenti bekerja keras. Kami mahu terus berkembang dan meletakkan RS-GP di mana ia patut berada musim ini."

BACA >>> Tech3 Sah Ikat Hafizh Musim Depan, Bakal Tunggang Jentera KTM Sama Seperti Zarco

Kemasukan Iannone bakal membuatkan Redding terkeluar daripada kelas peremier MotoGP tahun depan. Tidak mengejutkan kerana dia dilihat agak bergelut mengemudikan Aprilia sejak mengambil alih daripada Sam Lowes pada awal musim ini.

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, Aleix Espargaro, Andrea Iannone, Aprilia, Aprilia Racing Team Gresini, Auto Terkini, MotoGP, roda2, Romano Albesiano, Scott Redding, Suzuki, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev