• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota 86 dengan Grafik Ikonik 24 Hours of Le Mans, Bakal Berentap Tahun Ini

Toyota 86 dengan Grafik Ikonik 24 Hours of Le Mans, Bakal Berentap Tahun Ini

June 11, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

FacebookTwitter


TOYOTA berharap dapat memenangi saingan 24 Hours of Le Mans 2018 yang bakal genap tahun penganjuran yang ke-86 menerusi satu daripada dua jentera LMP1 Hybrid TS050.

Sempena meraikan aksi model itu dalam perlumbaan akan datang, Toyota Britain menampilkan tiga livery atau grafik 24 Hours of Le Mans untuk kereta sport, Toyota 86. Antara ketiga-tiga model, kami sukakan warna merah dan putih, yang mirip model ikonik, TS020 GT-One (1998).

Livery Casio biru pula sengaja dipilih untuk kelihatan seperti Toyota TS010, dengan enjin enjin V10 3.5L V10 (700hp), manakala livery merah, hitam dan putih tampak lebih santai, iaitu Toyota TS050 Hybrid.

BACA >>> 24 Hours of LeMons: Perlumbaan Kereta Bajet Bawah RM2k (Mungkin Sesuai Gantikan F1 di Sepang)

"86 memberikan kami kanvas hebat sebagai penghormatan kepada beberapa kereta lumba Toyota terbaik yang pernah menggembirakan ramai orang di Le Mans," kata Pengurus Akhbar Toyota, James Clark.

"Tanggapan terhadap livery untuk coupe retro terdahulu adalah hebat dan kami harap kereta baharu kali ini akan menjana semangat yang sama apabila menghampiri perlumbaan enduran itu tahun ini," jelasnya.

Toyota hampir memenangi 24 Hours of Le Mans pada 2016 sebelum kuasa TS050 mula pudar, sekali gus memberikan kemenangan kepada Porsche dalam satu insiden yang sangat menyakitkan. Ia peluang baik untuk memenangi perlumbaan tahun ini, walaupun Toyota ialah pengeluar tunggal dalam kelas LMP1-H.

Kereta LMP1 bukan hibrid, tetapi sama seperti kenderaan hibrid. Namun, selagi Toyota mampu mengurangkan emisi, pengeluar itu harus berada dalam kelas tersendiri untuk kebanyakan perlumbaan.

24 Hours of Le Mans 2018 dijadualkan bermula 16 Jun ini.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 24 Hours of Le Mans, James Clark, Roda4, Toyota, Toyota 86, Toyota GT86

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev