• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Tentang Sejarah dan Fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk Motosikal

Tentang Sejarah dan Fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk Motosikal

June 29, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

745
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ABS,
atau maksudnya Sistem Brek Anti-Kunci (Anti-Lock Braking System) ialah akronim yang biasa kita dengar, tetapi ada ramai mat motor di luar sana yang masih tidak tahu fungsi sistem keselamatan ini dan kenapa ia perlu diambil peduli.

Dalam artikel panjang lebar ini, kami akan serba sedikit maklumat tentang sejarah dan pengetahuan tentang bagaimana ABS berfungsi untuk sebuah motosikal.

SEJARAH RINGKAS

GABRIEL VOISIN

ABS dicipta Gabriel Voisin pada penghujung 1920-an untuk menyelesaikan beberapa masalah brek kapal terbang. ABS sememangnya sudah lama ada dalam industri automotif sebelum dikemas kini daripada rekaan primitif kepada versi moden. Kini ABS sudah mampu beroperasi optimum dan mantap selepas 50 tahun wujud di planet Bumi.

Siapakah pelakunya dan bilakah ia dibuat itu tidak penting, tetapi cukup kita ambil tahu bahawa ABS pertama dibangunkan seawal pertengahan 1980-an, dan motosikal pertama dilengkapi sistem itu ialah BMW K100 (1998).

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Betul Membrek Kereta dengan ABS?

Kemudian, teknologi ABS melalui tempoh kematangan hingga hari ini, dan di sebalik fungsi utama yang masih kekal sama, ada pelbagai penambahan dan pembaikan prestasi, termasuk rekaan dibuat. Tanpa sebarang keraguan, ABS yang ada pada motosikal moden masa kini ialah antara paling maju dan selamat pernah digunakan sesebuah motosikal.

APAKAH FUNGSI ABS?

Keperluan sistem keselamatan seperti ABS jadi sangat penting, terutama dalam situasi membrek kecemasan dan ketika mahu memperlahankan motosikal atas permukaan jalan licin seperti jalan raya basah. Antara masalah terbesar membrek mengejut bagi penunggang motosikal ialah roda terkunci hingga menyebabkan tergelincir dan hilang cengkaman tayar.

Sebaik saja menyedari bahaya dan halangan di depan, seseorang penunggang akan terus menarik tuil brek. Daya paksa brek yang berlebihan akan membuatkan tayar terus berhenti berpusing, sekali gus menyebabkan hilang kawalan. Tanpa cengkaman kukuh dantara tayar dan permukaan jalan atau konkrit, kemalangan memang tidak dapat dielakkan.

Peranan ABS ialah untuk mengesan gelinciran tayar dengan pantas sebelum ia berlaku akibat daya brek berlebihan, dan seterusnya membenarkan tayar terus berpusing untuk mengekalkan cengkaman atas jalan.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

Ada berpendapat ABS yang bertindak balas menangani daya brek sebagai kurang bagus, tetapi teknologi itu nyata sangat berkesan buat penunggang dan mereka sendiri menguji kelebihan sistem tersebut.

abs-motosikal-2
abs-motosikal-1
abs-motosikal-3

Masalah terbesar tayar tergelincir dari laluan asal ialah hilang kawalan keseluruhan motosikal yang kerap berlaku sekelip mata. Bagi penunggang yang pernah mengalami sendiri situasi itu, masing-masing berpendapat kemampuan mengekalkan tahap cengkaman tayar dan keseimbangan motosikal ketika itu boleh dianggap sebagai bernasib baik, tetapi tuah tidak selalu menyebelahi diri.

Mungkin hari ini kita selamat, tetapi esok atau lusa masih belum tahu, terutama penunggang amatur. Malah situasi mengawal jentera yang sedang menggelincir juga berisiko tinggi untuk pelumba profesional.

Kajian menunjukkan ABS ialah penyelesaian keselamatan yang lebih baik untuk mengelak roda tergelincir akibat daya brek berlebihan walaupun seseorang penunggang berskil tinggi itu mempunyai potensi dan kemampuan menyelamatkan motosikal dan dirinya.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS

Namun, tidak semua orang di luar sana memiliki skil menunggang tinggi. Jika ada, tentulah tiada langsung kes kemalangan motosikal dilaporkan akibat tergelincir. Ironinya, kemalangan masih tetap berlaku walaupun dalam trek lumba.

SUMBER: AutoEvolution

Related

745
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: ABS, ABS Motosikal, autotainment, BMW K100 (1998), Gabriel Voisin, roda2, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Teknologi Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev