• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Enjin Ferrari V8 3.9L Turbo Rangkul Anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik 2018

Enjin Ferrari V8 3.9L Turbo Rangkul Anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik 2018

June 9, 2018 By Admin PanduLaju 3 Comments

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FERRARI merangkul enam anugerah dalam Anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik (IEOTY) 2018. Anugerah tahun ini ialah edisi ulang tahun ke-20 yang menyaksikan Ferrari mendahului dengan jumlah anugerah tertinggi sepanjang setahun berbanding pengeluar lain.

Pengeluar kenderaan mewah Itali itu membawa pulang 27 trofi, yakni rekod terbaik dalam mana-mana pengeluar kereta sport.

Anugerah IEOTY 2018 diberikan kepada enjin V8 3.9L pengecas turbo untuk model 488 Pista. Enjin tersebut juga memenangi 3.0L hingga 4.0L, kategori Enjin Prestasi, dan pencalonan khas untuk 'Terbaik antara Terbaik', dipilih berdasarkan undian 68 juri yang mengundi enjin terbaik daripada semua pemenang sepanjang 20 tahun lalu.

BACA >>> Ferrari 488 Pista yang Lebih Ringan dan Berkuasa - 710hp, 768Nm

Enjin V12 6.5L aspirasi natural (NA) digunakan untuk 812 Superfast turut membawa pulang dua anugerah: satu untuk kelas atas 4.0L dan satu lagi kategori Enjin Baharu Terbaik. Trenkuasa itu sememangnya layak bagi kategori Enjin Baharu Terbaik kerana dibangunkan semula secara komprehensif dengan melibatkan 75 peratus komponen baharu daripada enjin 6.3L yang digunakan F12berlinetta.

Pengerusi Bersama Anugerah IEOTY, Dean Slavnich berkata, 488 GTB dengan enjin 8-silinder 3.9L ialah contoh hampir sempurna tentang enjin pengecas turbo prestasi tinggi, dengan tetapan bar tinggi yang langsung mengetepikan trenkuasa pesaing.

"Dengan enjin dibangunkan semula dan diubah suai untuk 488 Pista, enjin yang dianugerahkan terbaik dunia ini akan jadi lebih baik. Tanpa ragu lagi, kami melihat kepada kejuruteraan kelas tinggi daripada Ferrari. Tiada lengah turbo, hantaran kuasa serba indah, emosi sebenar, dan deruman garang serta berkuasa hebat - Ferrari V8 ini ialah karya seni," katanya.

SUMBER: AutoGuide

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2018 International Engine of The Year, Anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik (IEOTY), Dean Slavnich, Enjin Antarabangsa Terbaik 2018, Ferrari, Ferrari 488 Pista, Ferrari 812 Superfast, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev