SEMPENA sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin memberikan keceriaan kepada lebih 150 anak yatim, ibu tunggal dan mualaf dari tujuh rumah kebajikan.
Antara rumah kebajikan yang hadir ialah:
- Rumah Amal Limpahan Kasih
- Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah
- Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha
- Bait Al-Hasanah
- Madrasah Tahfiz Baitul Mahabbah
- Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Salam.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, majlis berbuka puasa itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan.
Katanya lagi, majlis sebegini diharapkan dapat memberi keceriaan kepada semua penghuni rumah kebajikan tersebut terutama kalangan mereka yang kurang bernasib baik sempenan meraikan kemeriahan Ramadan.
Pada majlis berkenaan, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM110,000 selain memberikan duit raya kepada penghuni tujuh rumah kebajikan itu.
Leave a Reply