• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 7 Perkara Anda Perlu Buat Sebelum Balik Raya ke Kampung

#ApaNakBuat: 7 Perkara Anda Perlu Buat Sebelum Balik Raya ke Kampung

June 5, 2018 By Abang GYL 2 Comments

750
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP kali menjelang Aidilfitri, perihal servis kenderaan memang sentiasa berada dalam senarai paling wajib buat selain baju raya. Apa tidaknya, kereta yang bermasalah sudah tentu menjejaskan mood mahu beraya dan tidaklah dapat dibayangkan betapa sedihnya kalau kita dan keluarga terpaksa beraya di tengah jalan raya.

Apa agaknya perkara yang perlu periksa sebelum balik kampung?

1. PERIKSA TEMPOH SERVIS DAN HAD PERBATUAN


Senang cerita, apabila sampai had perbatuan atau tempoh servis (mana satu tiba dahulu), anda perlu hantar saja kereta untuk diservis. Mudahkan? Ingat, jangan bertangguh dan buat janji temu sekarang!

2. PERIKSA PARAS MINYAK ENJIN


Jika tempoh servis dan had perbatuan masih jauh, anda sebenarnya boleh buat penyenggaraan asas sendiri. Paling senang ialah periksa paras minyak enjin dengan menarik penyukat berbentuk batang pencelup (dip stick), biasanya berwarna kuning atau jingga.

Tarik dan lap dengan kain atau kertas bersih, dan celup semula.

3. PERIKSA AIR RADIATOR DAN COOLANT


Cara periksa air radiator adalah dengan membuka penutup radiator, manakala coolant (bendalir berwarna) disimpan dalam tangki reservoir berwarna putih jernih. Jika kurang, tambahkan air dan coolant hingga mencapai paras ditetapkan. Elakkan guna air paip untuk air radiator, gunakan air RO.

4. PERIKSA MINYAK BREK DAN STERENG KUASA


Tangki minyak brek biasanya terletak rapat pada dinding bahagian dalam ruang enjin. Juga berwarna putih jernah yang menampakkan isian minyak brek di dalam. Anda cuma perlu periksa paras minyak mengikut takat ditetapkan.

Antas tangki paling kecil dalam enjin yang juga berwarna putih jernih. Sesetengah model menggunakan tangki minyak stereng kuasa berwarna hitam atau gelap. Sama seperti minyak brek, anda perlu periksa paras minyak dan pastikan tiada kebocoran berlaku.

5. PERIKSA LAMPU


Ini juga antara pemeriksaan yang sangat penting untuk dimasukkan dalam senarai semak. Tanpa lampu, anda ibarat si buta yang teraba-raba dalam kegelapan. Malah anda berisiko mengundang kecelakaan jalan raya jika memandu tanpa fungsi pencahayaan yang cukup.

Sila semak:

  • Lampu malap
  • Lampu suluh rendah (low-beam)
  • Lampu suluh tinggi (hi-beam)
  • Lampu belakang
  • Lampu brek+lampu brek ketiga
  • Lampu signal
  • Lampu kecemasan

6. PERIKSA TAYAR


Tayar ibarat nyawa kereta. Ini kerana tayar ialah komponen utama yang menggerakkan kereta. Jadi periksa bunga tayar anda mengikut indikator haus atau tread wear yang ada pada celahan bunga tayar.

7. SERVIS DI SHELL


Pemeriksaan sendiri tetap ada had kerana ada beberapa komponen yang tidak dapat anda periksa dengan sekadar melihat sahaja. Misalnya pad brek. Malah, anda juga tidak boleh menukar minyak hitam sendiri jika tidak lengkap alatan bengkel.

Penyelesaiannya, servis saja di bengkel Shell!

Selain ada mekanik terlatih yang akan memeriksa poin-poin penting kenderaan, anda juga boleh menukar minyak enjin Shell Helix yang menawarkan lima manfaat utama:

  • Melindungi daripada stres enjin
  • Perlindungan suhu ekstrem
  • Memberikan prestasi dan kuasa optimum
  • Membersihkan komponen piston
  • Menawarkan penjimatan bahan api lebih baik.

BACA >>> Mahukan Enjin Turbo Anda Panjang Umur? Lakukan 4 Tip Penjagaan Ini!


PROMOSI HARI RAYA SHELL HELIX

SEMPENA musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang nanti, Shell Helix menawarkan Promosi Hari Raya Shell Helix, berlangsung 15 Mei-15 Julai ini. Kepada pelanggan Shell Helix, sila jangan lepaskan peluang mendapatkan rebat tunai ditawarkan bagi pakej servis tukar minyak enjin seperti berikut:

  • Jimat RM30 dengan Shell Helix Ultra (4L)
  • Jimat RM20 dengan Shell Helix HX7 atau High Mileage (4L/6L)
  • Jimat RM10 dengan Shell Helix HX5 (3L/4L)

Tawaran ini boleh didapati di bengkel Shell Helix dan juga di kedai rasmi Shell Malaysia atas talian menerusi platform Shopee.

Selain itu, pelanggan yang membeli mana-mana pakej promosi tukar minyak enjin bakal menerima e-baucar Shopee bernilai RM10 dan secara automatik layak menyertai Peraduan Shell Helix Ferrari World Abu Dhabi. Seramai empat pemenang bertuah akan dipilih untuk merasai pengalaman memandu Ferrari di Litar Formula Satu (F1) Yas Marina.

Mereka yang membeli mana-mana pek isian 4 liter Shell Helix Ultra, HX7, High Mileage atau HX5 di mana-mana stesen rasmi Shell atau perkhidmatan Lubebay akan menerima e-baucar Shopee bernilai RM10. Maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/helixraya.

[adrotate banner="77"]

 

Related

750
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Aidilfitri, apa nak buat, Balik Kampung, Balik Raya, Hari raya aidilfitri, Peraduan Shell Helix Raya 2018, Shell, tip balik kampung

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev