BERMULA 2 hingga 16 Julai 2018, anda boleh mula membida nombor pendaftaran khas ‘Malaysia 1’ hingga ‘Malaysia 9999’ di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Manakala keputusan bidaan nombor pendaftaran 'Malaysia' bakal diumumkan pada 23 Ogos 2018. Nombor pendaftaran khas itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-61.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, mereka yang berminat boleh membuat bidaan di mana-mana pejabat JPJ berdekatan dan ianya tidak terhad hanya di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur saja.
Tambahnya, tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mana-mana menteri bagi mendapatkan nombor pendaftaran khas berkenaan dan kesemua perlulah melalui bidaan secara umum.
" Bagaimanapun, nombor pendaftaran 'Malaysia 2020' akan diberikan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ia terpulang kepada beliau.
" JPJ juga bakal memperluaskan lagi nombor pendaftaran khas siri negeri seperti 'Selangor', 'Perak' dan semua negeri lain kelak," katanya lagi.
BACA >>> Lagi Nombor Pendaftaran Sedia Dibida (VAV 1 - VAV 9999), Pemilik VAV 1 Paling Dinanti
Sama seperti terdahulu, setiap bidaan nombor pendaftaran perlulah disertakan dengan bayaran pendahuluan tempahan sebanyak 50 peratus daripada dibida.
Sekiranya berjaya, bayaran penuh tempahan nombor pendaftaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan dikeluarkan.
Buat mereka yang berminat mahu mendapatkan nombor pendataran berkenaan, sila buat permohonan tender di JPJ sekarang!
BACA >>> Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ...
Foto Kredit: Buletin TV3
Leave a Reply