• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konsesi Tamat - Jajaran KL-Seremban dan Salak Expressway, Tol Kini Lebih Murah!

Konsesi Tamat - Jajaran KL-Seremban dan Salak Expressway, Tol Kini Lebih Murah!

May 31, 2018 By Han Othman 1 Comment

343
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA BAIK kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi di bawah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kerana Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini memutuskan menamatkan kutipan tol di sepanjang laluan berkenaan bermula jam 12 tengah malam ini.

Susulan penamatan tempoh konsesi jajaran tersebut, ini bermakna pengguna tidak perlu lagi membayar tol penuh di semua laluan keluar-masuk Plaza Tol Sungai Besi yang akan menyaksikan pengurangan antara 50 peratus hingga 1 peratus, iaitu antara 40 sen hingga RM1.70

Menurut LLM, ada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan Plaza Tol Sungai Besi tersebut setiap hari. Penamatan tempoh konsesi tersebut bermakna pengguna hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui sahaja.

Kadar kutipan tol baharu boleh disemak menerusi laman web di Plus.com.my atau aplikasi mobil PLUS Mobile App.

Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi.

"LLM mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama pengguna lebuh raya."

Kawan-kawan seronok tak ni?

Related

343
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Lebuh Raya, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Plaza Tol Sungai Besi, Salak Expressway, tol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my