• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Suzuki Jimny Generasi Ke-4 Masih Kekalkan Gaya Rekabentuk Lama

#Spyshot: Suzuki Jimny Generasi Ke-4 Masih Kekalkan Gaya Rekabentuk Lama

May 31, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Jimny
ialah antara produk ikonik yang cukup sinonim dengan jenama automotif dari Jepun itu. Sebelum ini ada berita menyatakan generasi keempat kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dijangka dilancarkan penghujung tahun ini.

BACA >>> Suzuki Swift Sport Bee Racing Edisi Terhad - Swift Paling Berkuasa Lancar di Itali

Terbaharu, muncul beberapa imej terkini Jimny berkenaan di kilang milik Suzuki. Terdahulu imej SUV subkompak itu sudah banyak tersebar di dunia maya. Tetapi, imej terbaharu ini ialah versi rupa sebenar jentera off-road itu. Selain imej di kawasan kilang Suzuki, ada juga beberapa foto lain yang menunjukkan kelibat Jimny diangkut dalam trak.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=6&v=iYyF4NMSBjA

Ada juga imej 3D berkomputer yang memaparkan rekabentuk kabin Jimny dengan papan pemuka bentuk berkotak dan kluster instrumen gaya lama. Sistem infotainment hiburan daripada jenis double-din dengan skrin sentuh. Bahagian penyaman udara pula mirip Swift.

Perincian lain ialah butang mula-henti dan empat butang bawah tombol kawalan penyaman udara, mirip Ignis. Selain itu, Jimny generasi terbaharu  ini ada menawarkan opsyen transmisi manual 5-kelajuan (foto bawah).

Gambar terakhir ialah trim pintu Jimny yang cukup minimalis tanpa ruang meletakkan botol air. Malah, tingkap masih menggunakan gaya engkol (pusing) dan bukan tingkap kuasa.

Berdasarkan perincian tersebut, jelas rekabentuk Jimny generasi baharu kali ini cuba mengekalkan konsep tradisi lama dengan diberikan sentuhan moden masa kini. 

GALERI

SUMBER: Livedoor

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jimny, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), off-road, Roda4, Spyshot, SUV, SUV subkompak, Suzuki, Suzuki Jimny

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my