• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sehari Selepas HSR, Kerajaan Batalkan Projek MRT3

Sehari Selepas HSR, Kerajaan Batalkan Projek MRT3

May 30, 2018 By Han Othman Leave a Comment

656
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN memutuskan membatalkan projek Transit Aliran Massa laluan ketiga (MRT3), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, sebentar tadi. Keputusan itu dibuat sehari selepas pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura).

MRT3 ialah idea pengangkutan awam dicetus mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan menjadi laluan transit rel ke-13 yang membabitkan sistem tren tanpa pemandu sepenuhnyadan jika siap akan melengkapkan Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang atau Greater KL.

Antara laluan utama yang akan mendapat akses MRT3 ialah Bandar Malaysia, Ampang, KL Ecocity, Bukit Bintang dan Sentul. Projek meliputi jarak sejauh 40km itu dijangka siap pada 2025. Walaupun sudah diluluskan, tetapi kontrak bagi kerja pembinaan masih belum diputuskan secara rasmi.

Bagaimanapun kami berpendapat projek MRT3 tersebut akan dilaksanakan dengan tender baharu pada masa akan datang jika mengambil kira jaringan pengangkutan kereta api sedia ada sekitar Lembah Klang yang pastinya memberikan banyak manfaat kepada penduduk ibu kota. Malah, projek MRT terbukti mampu mengurangkan kesesakan jalan raya.

Satu lagi pengumuman yang agak mengejutkan daripada Kerajaan Malaysia. Apapun kami masih positif bahawa pembatalan itu cuma bersifat sementera sementara Kerajaan memberi fokus utama kepada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuh Raya Pan Borneo (Pan Borneo) di Sabah dan Sarawak.

Related

656
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, HSR, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuh Raya Pan Borneo (Pan Borneo), MRT3, Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura), Putrajaya, Transit Aliran Massa laluan ketiga (MRT3), Tun Mahathir Mohamad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my