• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM Bangunkan Teknologi Keselamatan Berasaskan Sensor

KTM Bangunkan Teknologi Keselamatan Berasaskan Sensor

May 30, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAPORAN BikeSocial mendedahkan KTM kini sedang membangunkan teknologi keselamatan berasaskan sensor: Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Pengesan Titik Buta (BSD). Naib Presiden Jabatan Kajian dan Penyelidikan (R&D) KTM, Gerald Matschl menyatakan teknologi itu bagaimanapun masih dalam peringkat pembangunan dan bukan untuk tahun depan.

Sensor diletakkan di bahagian depan motosikal, bawah lampu utama. Sistem ACC diaktifkan apabila kelajuan melebihi 30kmj dan mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan depan menerusi kawalan terotel dan brek secara elektronik.

BACA >>> KTM 1290 Super Duke GT - Jentera Pengembaraan

Buat masa ini, motosikal mengekalkan jarak dua saat, tetapi akan dikemas kini dalam proses pembangunan sistem. Sistem itu akan memberikan kesan lebih pantas dengan talaan halus. Menurut Matschl lagi, kebiasaannya ada sistem brek bersepadu dua saluran, tetapi apabila kuasa brek lebih tinggi diperlukan, ACC juga boleh mengaktifkan brek depan.

Bagi BSD, radar dengan spesifikasi jarak lebih pendek berada di belakang. Ada tiga lampu LED amber yang terbina dalam cermin sisi. Apabila mengesan kenderaan menghampiri dari belakang, sistem akan menyalakan LED dan penunggang turut dimaklumkan pada kluster instrumen digital. Ini membantu menyedarkan penunggang dengan kehadiran kenderaan pada titik buta.

Pengeluar motosikal Austria itu kini sedang menguji sistem berkenaan menggunakan KTM 1290 Super Adventure. Sebenarnya, sistem tersebut tidak jauh berbeza dengan Sistem Bantuan Termaju Penunggang Ducati yang akan diperkenalkan model jenama Itali itu menjelang 2020.

GALERI

SUMBER: Bennetts.co.uk

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Gerald Matschl, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), KTM, KTM 1290 Super Adventure, ktm malaysia, Pengesan Titik Buta (BSD), Pengesanan Titik Buta (BSD), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my