• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Terra Masuk Asean (RM113k), Tetapi Malaysia Tiada dalam Senarai Pasaran

Nissan Terra Masuk Asean (RM113k), Tetapi Malaysia Tiada dalam Senarai Pasaran

May 30, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

481
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Terra
didedahkan Februari lalu dan dilancarkan di China bulan lalu sebelum diikuti Filipina bulan ini. Selain Filipina, negara Asean lain yang akan menerima kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan itu ialah Thailand, Indonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Sayang sekali Malaysia tiada dalam senarai negara yang akan menerima kunjungan Terra. SUV itu dijadualkan tiba di pasaran Thailand dan Indonesia tahun ini, dan akan mula dijual Ogos nanti.

Fizikal Terra menawarkan dimensi 4,885mm panjang, 1,865mm (lebar) dan 1,835mm (tinggi), manakala jarak roda, 2,850mm.

BACA >>> #Spyshot: Kelibat Nissan Terra Dikesan di Thailand, Malaysia Bakal Menyusul?

SUV 7-kerusi itu digerakkan enjin aspirasi natural (NA) petrol 2.5L QR25 berkuasa 181hp dengan opsyen transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 7-kelajuan. Pengguna juga boleh memilih varian sistem pacuan empat roda (4WD). Bagaimanapun di China, Terra didatangkan dengan pilihan 5-kerusi sahaja. Difahamkan, Filipina menerima pilihan enjin diesel turbo berkuasa 187hp (3,600rpm) dan tork 450Nm (2,000rpm).

CIRI MODEN LENGKAP

Nissan Terra1
Nissan Terra2
nissan_terra_cover

Luaran Terra dipasangkan lampu depan LED dengan lampu siang (DRL) LED, rim aloi 18-inci dua tona dan lampu belakang LED. Ruang kabin pulan dilengkapkan penyaman udara dwi zon automatik, kerusi depan Zero Gravity, kerusi barisan kedua dengan satu sentuhan boleh lipat dan set infotainment skrin sentuh 7-inci dengan ciri navigasi GPS.

Pemilik Terra akan dibekalkan 7 beg udara, Bantuan Daki Bukit (HSA), Kawalan Turun Bukit (DSC), Amaran Tukar Lorong (LDW), Amaran Titik Buta (BSD) dan Monitor Pandangan Sekeliling (AVM). Selain China, Terra akan dipasangkan di Thailand.

Harga Terra di Filipina bermula ₱14,99,000 (RM113,522) dalam pilihan lima varian:

  • Terra 2.5L Mid 4x2 6MT)
  • Terra 2.5L Mid 4x2 (7AT)
  • Terra 2.5L High 4x2 (7AT)
  • Terra 2.5L Premium 4x2 (7AT)
  • Terra 2.5L Premium 4x4 (7AT)
GALERI
Nissan Terra1
Nissan Terra2
Nissan Terra3
Nissan Terra4
Nissan Terra5
Nissan Terra6

SUMBER: IndianAutosBlog

Related

481
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Kenderaan Utiliti Sukan, Kenderaan Utitili Sukan (SUV), Nissan, Nissan Terra, Segmen B, SUV

Comments

  1. Md riduan says

    September 19, 2018 at 7:17 PM

    Tan chong nissan where is your ball? Why your dont release terra in msia? Your better close down your company

    Reply
  2. PapaBerry says

    November 29, 2022 at 5:41 PM

    Even Brunei & Laos market also have Terra.. what a bullshit ETCM

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev