• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Leaf Open Car - EV Versi Konvertibel Sempena Rai Jualan 100,000 Unit

Nissan Leaf Open Car - EV Versi Konvertibel Sempena Rai Jualan 100,000 Unit

May 29, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

19
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUALAN Nissan Leaf di Jepun melepasi angka 100,000 unit bulan lalu dan bagi meraikan detik bersejarah itu, Nissan melancarkan Leaf Open Car versi konvertibel pada forum Masyarakat Sifar Emisi (Zero-Emission Society).

Seperti apa anda boleh lihat, Leaf Open Car ialah Leaf generasi kedua tanpa bumbung. Namun, Nissan belum memutuskan sama ada Leaf konvertibel itu akan dijadikan model pengeluaran. Bagaimanapun, sebagai sebahagian pelan jangka sederhana 6 tahun, 'Nissan M.O.V.E. to 2022', pengeluar automotif dari Jepun itu mengesahkan perancangan pembangunan kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.

Menjelang 2022, Nissan mensasarkan jualan sejuta unit EV, sama ada elektrik penuh atau trenkuasa e-Power. Leaf generasi pertama dijual di Jepun pada Disember 2010 dan disusuli generasi kedua pada Oktober tahun lalu.

BACA >>> Nissan Leaf (2018) Kembali! Mampu Redah Sejauh 378km, Tiada Lagi Rekaan Alien

Di peringkat global, ada lebih 320,000 unit Leaf atas jalan. Leaf generasi pertama didatangkan dengan pek bateri 24kWh dengan jarak pemanduan sejauh 200km (mod JC08). Pada November 2012, Nissan melakukan penambah baikan dengan meningkatkan jarak pemanduan hingga 228km (mod JC08). Kemudian, pek bateri 30kWh memberikan pemanduan sejauh 280km yang ditawarkan sebagai opsyen tambahan pada Disember 2015.

Bagi Leaf generasi kedua, model EV itu dilengkapkan pek bateri lebih besar, 40kWh sebagai standard dengan jarak pemanduan sejauh 400km (mod JC08 ) berasaskan motor elektrik EM57 berkuasa 148hp (3,283rpm-9,795rpm) dan tork 320Nm (0-3,283rpm). Isian penuh bateri litium-ion mengambil masa 16 jam dicas dengan pengecas 3kW atau 8 jam dengan pengecas 6 kW. Pengecas pantas pula cuma menambil masa 40 minit untuk isian penuh.

GALERI

Related

19
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Nissan, Nissan LEAF, Nissan Leaf Konvertibel, Nissan Leaf Open Car, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev