• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #RetroAuto: [SIRI 2] 4 Model Kawasaki Ninja 250 Dekad 90-an dan Milenium

#RetroAuto: [SIRI 2] 4 Model Kawasaki Ninja 250 Dekad 90-an dan Milenium

May 31, 2018 By ZY 2 Comments

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERSAMBUNG daripada SIRI 1 sebelum ini tentang barisan jentera Kawasaki Ninja 250 bermula siri GP 80-an. Bagi SIRI 2, model-model dipaparkan pastinya lebih dekat di hati pembaca yang rata-rata daripada generasi 90-an hingga milenium.

Ninja 250 boleh dikatakan antara pilihan selamat. Berkuasa, tampak gagah bergaya dan tahan lasak; komitmen membangunkan jentera aras mula yang menepati tiga kriteria tersebut mampu dicapai Kawasaki hasil daripada pengalaman lebih 3 dekad dalam industri permotoran.

BACA >>> #RetroAuto: [SIRI 1] 4 Model Kawasaki Ninja 250 Pertama, Evolusi Lebih 30 Tahun

Mengimbau 20 tahun terakhir sejak awal 90-an hingga sekarang, mari kita lihat apakah evolusi Ninja 250 yang kini kembali merajai arena sportbike 250cc.

1. KAWASAKI ZZR 250 (EX250H) - 1991


Bermula era 90-an, Ninja 250 tampil dengan gaya lebih sporty yang boleh dikatakan versi baby kepada abang-abang lain dengan sesaran lebih besar. Bagi jentera kod EX250-H ini, Kawasaki menggunakan nama ZZR 250 - menggantikan siri GP - dengan menyalin rekaan dan skema warna superbike Kawasaki ketika itu, ZZR-1100.

ZZR 250 berkongsi nadi dwi-silinder 250cc, sama seperti siri GP sebelum ini dengan menggunakan enjin GPZ 250R (EX250-E), cuma penutup enjin berbeza. Selain itu, boleh dikatakan ZZR-250 ialah Ninja 250 serba baharu (ketika itu).

Selain perbezaan rekabentuk yang mudah dilihat, ZZR 250 menggunakan frem perimeter aluminium (ala Deltabox Yamaha), menggantikan frem jenis backbone yang biasa digunakan model terdahulu. Antara lain, ia turut didatangkan dengan rim 17-inci, absorber boleh laras, sistem elektronik dinaik taraf dan pembaharuan lain, sekali gus menjadikan ZZR 250 antara sportbike 250cc paling berat ketika itu.

2. KAWASAKI NINJA 250R (EX250-J) - 2008

EX250-J atau Ninja 250R ialah jentera 250cc Kawasaki paling popular seluruh dunia.  Dilancarkan sekitar 2008, Ninja 250R ialah versi jentera yang dirombak semula hampir sepenuhnya.

Rekabentuk dibawakan ketika itu selari perkembangan rekaan sportbike moden semasa, dengan hanya sedikit bahagian enjin dan pacuan yang berkongsi dengan model sebelum ini.

Perubahan ini melibatkan frem, yang mana frem perimeter ZZR 250 tidak lagi digunakan. Sebaliknya Ninja 250R kembali menggunakan frem jenis backbone seperti model awal, tetapi dengan rekaan baharu. Selain itu, talaan semula turut diberikan terhadap enjin Ninja 250R. Kuasa kuda direndahkan untuk memberikan peluang kepada penambahbaikan respon enjin pada rev rendah. Hasilnya, Ninja 250R ini lebih mudah dan selesa ditunggang.

Walaupun tampil seakan diturunkan gred berbanding ZZR 250, tetapi faktanya, pada zaman ketika kebanyakan motosikal ekonomi atau mampu milik cuma didatangkan dengan enjin silinder tunggal, kehadiran Ninja 250R dengan deruman silinder kembar memang dialu-alukan.

Malah di Malaysia, unit terpakai model ini boleh didapati dalam julat harga RM10,000 menjadikan ia motosikal pilihan popular kepada mereka yang baru mula menunggang sportbike bajet rendah.

3. KAWASAKI NINJA 250 (EX250-L, EX250-M) - 2013


Ninja 250 (tanpa R di belakang) dilancarkan pada 2013, turut dikenali sebagai Ninja 250 Fi, kerana model ini ialah permulaan Kawasaki menaik taraf suntikan bahan api bagi menggantikan karburetor pada model terdahulu.

Menarik perhatian, rekabentuk Ninja 250 ialah persis supersport Kawasaki ZXR 636 dengan rekaan lampu depan berkembar terpisah dan dua lampu signal depan terbina dalam fairing, kelihatan lebih kemas dan moden berbanding jentera 250cc lain di pasaran.

Seiring perkembangan teknologi, Ninja 250 turut menaik taraf ciri mekanikal jentera seperti sistem klac sliper dan bantuan (assist & slipper clutch) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Tetapi model itu ditawarkan sebagai varian berasingan, iaitu EX250-M bagi membolehkan Kawasaki bersaing dengan pengeluar lain yang menawarkan sportbike 250cc pada harga lebih murah tanpa ciri tersebut.

Walaupun kurang berkuasa berbanding pesaing terdekat, Yamaha YZF-R25, Ninja kekal popular dan relevan dengan saiz tangki terbesar dalam kelas, 17 liter yang menjadikan pilihan buat penunggang yang gemar mengembara jauh.

Di beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, Ninja 250 tidak lagi dinaik taraf. Sebaliknya, diganti sepenuhnya dengan Ninja 300 yang berkonsi rekaan sama. Di Malaysia pula, model 300cc turut ditawarkan bersama model 250cc.

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 1] - Sportbike

4. KAWASAKI NINJA 250 (EX250-P) - 2018


Ninja 250 (2018) diperkenalkan penghujung tahun lalu dengan menampilkan rekabentuk terkini Kawasaki, jelas dapat dilihat memiliki persamaan dengan model terbaharu sport-touring kelas middleweight, Ninja 650.

Walaupun dikritik kerana masih mengekalkan fork depan jenis teleskopik, tangki minyak lebih kecil, 14 liter (daripada 17 liter) dan rekabentuk yang mirip Yamaha R-25, tetapi Ninja 250 baharu ini berjaya menutup mulut sebahagian besar pengkritiknya dengan menawarkan angka kuasa hebat.

Dengan rekaan enjin baharu, angka kuasa kuda dan tork Ninja 250 (2018) berjaya dipertingkatkan lagi, iaitu kuasa 39hp dan tork 23.5Nm, sekali gus meletakkan semula Kawasaki sebagai peneraju sportbike kelas 250cc, disusuli Honda CBR 250RR (model dwi-silinder yang tidak ditawarkan di Malaysia) dan Yamaha YZF-R25. Angka setinggi itu dapat dicapai menerusi beberapa penambahbaikan seperti kotak angin, throttle body lebih besar dan nisbah mampatan lebih tinggi.

BACA >>> Perbandingan Spesifikasi Kawasaki Ninja 250: Baharu (2018) vs Lama

Dari segi rekabentuk, Ninja 250 kelihatan moden dengan kehadiran sepasang winglet di bawah lampu utama LED yang juga menjadi ciri baharu jentera ini. Di sebalik fairing, model ini disokong frem jenis trellis menggantikan frem diamond. Dengan rekaan rim baharu lebih ringkas, tidak hairanlah kenapa majoriti reviu tentang Ninja 250 (2018) mengakui model ini mampu beraksi lebih lincah berbanding model lama.

Belum lagi diumumkan secara rasmi Kawasaki Malaysia. Menurut desas-desus, sportbike itu khabarnya bakal dilancarkan tahun ini juga dengan anggaran harga mungkin tidak jauh berbeza dengan Ninja 250 (2013) yang sedia ada di pasaran.

Ninja 250 (2018) turut dilancarkan bersama Ninja 400 (2018) dengan enjin lebih berkuasa yang mana 400cc akan menggantikan Ninja 300 sebelum ini.


BONUS: KAWASAKI NINJA 250SL (BX250) - 2014


Sebagai penunggang dan pemilik Ninja 250SL, penulis sering menerima pertanyaan - benarkah ini Kawasaki Ninja 250cc?

Walaupun bukan daripada siri EX250, tidak lengkap rasanya jika tiada ulasan tentang sportbike 250cc Kawasaki ini. Dilancarkan di pasaran Malaysia pada awal 2014 sebagai pengganti jentera 2-lejang Ninja 150RR, Ninja 250SL datang daripada keluarga BX250, berbeza daripada Ninja 250 generasi EX250, yang dikuasakan enjin DOHC 250cc silinder tunggal daripada motosikal dual-purpose popular, Kawasaki KLX 250.

Sesuai dengan kata nama SL, iaitu akronim kepada ramping (Slim) dan ringan (Lightweight), motosikal ini tampil berbeza daripada sportbike 250cc lain yang kelihatan lebih gagah. Sebaliknya, lagak 250SL lebih seperti sebuah sportbike 150cc.

Namun, kekurangan fizikal itu terbukti menjadi kekuatan Ninja 250SL. Jentera ini sangat mudah ditunggang dalam trafik bandar yang sesak, manakala nadi silinder tunggal cukup bertenaga pada putaran rev rendah dan menengah, sekali gus menjadikan aksi memotong dan mencelah dapat dilakukan dengan tangkas.

Walaupun tidak begitu popular di Malaysia berbanding versi dwi-silinder, tetapi di Indonesia, RR Mono (nama tempatan untuk model ini) masih menjadi antara sportbike 250cc paling laris. Malah, lebih popular berbanding Yamaha R25 berikutan harga yang sangat rendah dan mampu terjangkau kebanyakan anak muda di negara jiran itu.

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EX250-L, EX250-M, EX250-P, Kawasaki, Kawasaki Ninja 250, kawasaki ninja 250 2018, KAWASAKI NINJA 250R (EX250-J), KAWASAKI NINJA 250SL, KAWASAKI ZZR 250 (EX250H), motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev