• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ferrari SP38 - Model One-Off yang Indah dan Paling Sempurna

Ferrari SP38 - Model One-Off yang Indah dan Paling Sempurna

May 24, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FERRARI baru saja mendedahkan supercar terbaharu, Ferrari S38 yang dihasilkan secara one-off (sekali sahaja) yang boleh dianggap sebagai model terbaik hasil rekaan studio rekabentuk pengeluar automotif dari Itali itu.

Sebagaimana gelarannya, Ferrari SP38 dibina berasaskan casis dan gear model lumba 488 GTB. Kereta tersebut ialah reflek kepada 'visi spesifik buat pelanggan dengan keghairahan mendalam untuk perlumbaan' termasuk 'menyatakan segala keindahan dan inovasi yang diwarisi daripada kereta jalanan Ferrari'.

Ferrari SP38 menampilkan enjin 3.9L turbo-kembar V8, sama seperti 488 GTB - iaitu unit kuasa yang menjadi ilham kepada pasukan rekabentuk untuk merujuk rekaan model legenda F40. Ada beberapa ilham 308 GTB ditampilkan seperti lip bampar depan tirus, dan sil gentian karbon.

BACA >>> Ferrari 488 Pista yang Lebih Ringan dan Berkuasa - 710hp, 768Nm

Satu lagi ciri paling menonjol ialah penutup enjin belakang tiga sirip yang disepadukan sempurna dengan spoiler belakang. Ferrari masih belum berkongsi foto dalaman SP38, tetapi memberi jaminan bahawa kemasan kabin supercar itu adalah dihasilkan secara buatan tangan sepenuhnya, dan tidak seperti mana-mana kereta pengeluaran jenama itu.

Ferrari SP38 bakal dipamerkan kepada umum buat kali pertama pada acara pertandingan kereta klasik dan vintaj Concorde d'Eleganza Villa d'Este di Itali yang dijadualkan berlangsung 26 Mei ini (Sabtu).

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Concorde d'Eleganza Villa d'Este, Ferrari, Ferrari 488 GTB, Ferrari SP38, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my