SIME Darby Auto Connexion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia melancarkan promosi servis seluruh negara bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung selamat dan tenang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Kempen Servis Raya Ford itu, yang membabitkan pemeriksaan 27 poin percuma, sudahpun bermula dan bakal berakhir pada 30 Jun depan..
Apa ditawarkan Kempen Servis Raya Ford ialah:
- Diskaun hingga 20 peratus untuk minyak enjin dan alat ganti terpilih. Hanya barangan tulen daripada pengeluar (OEM) akan digunakan.
- Penjimatan tambahan hingga 10 peratus ke atas kos upah apabila memilih pakej tukar minyak pelincir, brek dan tali sawat pemasaan (timing belt).
- Sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang berbelanja lebih RM350 dalam satu resit di mana-mana pengedar sah Ford akan menerima cenderahati percuma. Semua pelanggan yang berkunjung ke pusat servis Ford akan menerima sampul raya percuma sementara stok masih ada.
Pelanggan boleh menempah sesi janji temu untuk servis menerusi laman web rasmi SDAC-Ford: SDACFord.com.my atau hubungi pusat servis berdekatan dengan mengakses butang ‘locate a dealer’ di laman web.
GALERI
Leave a Reply