• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 15 Kereta Sport Terbaik Pernah Dihasilkan Jepun

15 Kereta Sport Terbaik Pernah Dihasilkan Jepun

June 3, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK berdekad lalu, Jepun sudah pun menghadiahkan kepada dunia pelbagai model kereta sport terbaik dengan menampilkan imej dan prestasi tersendiri. Berbeza model Eropah, kereta sport Jepun terkenal dengan aspek reliabiliti dan imej jalanan yang kuat.

Malah beberapa model sangat terkenal di kalangan peminat automotif dan dunia perlumbaan sama ada dalam kelas touring, enduran dan rali antarabangsa.

Berikut 15 kereta sport terbaik Jepun yang kami petik daripada laman web permotoran RoadAndTrack:

1. MAZDA MX-5 MIATA


Model ini bukan saja antara kereta terhebat buatan Jepun, tetapi juga salah satu kereta terbaik penah dihasilkan. Mazda MX-5 Miata ialah model sport yang ringan, ringkas, reliabel dan mampu memberikan senyuman kepada pemandu.

2. TOYOTA 2000GT


Toyota 2000GT diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan menjadi bukti keupayaan pengeluar Jepun menghasilkan sebuah kereta yang setanding pengeluar Eropah. Perhatikan kereta ini dan anda akan faham maksudnya.

3. LEXUS LFA


Peminat sering mengatakan model LFA mengeluarkan bunyi terbaik sepanjang zaman. Tidaklah mengejutkan kerana model itu dikuasakan enjin Yamaha 4.8L V10. Jika anda mengidamkan kereta yang mampu menyamai bunyi sebuah jentera lumba Formula Satu (F1), LFA ialah model tersebut.

4. NISSAN SKYLINE GT-R (R34)


Nissan sudah menghasilkan pelbagai siri model Skyline hingga hari ini, tetapi tiada yang mampu memberikan nilai sentimental seperti R34. Teknologi termaju yang digabungkan bersama input analog pemanduan, menjadikan jentera ini salah satu jentera yang seronok dipandu di jalanan dan trek.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?

5. SUBARU IMPREZA 22B


Model 22B ialah kemuncak kemampuan Subaru dalam menghasilkan kereta terbaik pada 1990, dan turut menjadi legenda di kalangan peminat sukan rali serata dunia. Dikuasakan enjin turbo, dan sistem pacuan semua roda (AWD) serta seronok dipandu, Impreza 22B menulis penanda aras baharu bagi model model-model rali pada tahun-tahun mendatang.

6. MITSUBISHI LANCER EVOLUTION


Walaupun tidak memberikan reputasi sehebat Impreza, tetapi Evo masih tetapi model yang hebat. Walaupun peminat semakin berkurangan, model ini masih wajar diberikan penghormatan dan dikenang.

7. TOYOTA SUPRA (MK IV)


Model baharu Supra akan muncul tidak lama lagi, tetapi sebaik mana penambahbaikan diterapkan masih belum terbukti sebaik Mk IV. Dikuasakan enjin 2JZ yang sangat lasak, model ini memainkan peranan penting dalam filem The Fast & The Furious. Supera Mk IV turut menjadi model paling diidamkan peminat modifikasi.

BACA >>> #GMS2018: 5 Fakta Pantas Tentang Toyota GR Supra Concept

8. HONDA BEAT


Walaupun tidak banyak negara menerima kehadiran Honda Beat, tetapi model itu menjadi antara model enjin tengah paling popular Jepun. Dikuasakan enjin 3-silinder di belakang dengan profil badan terotel tersendiri, Beat mampu diasak hingga 9000rpm.

9. HONDA NSX

Jika dibandingkan kereta sport lain pada era sama, Honda NSX ialah satu keajaiban. Selain berkemampuan, NSX tampil dengan cara dan gaya tersendiri, reliabel dan mampu digunakan sebagai jentera harian. Malah penampilan kereta sport ini kekal malar segar hingga hari ini dengan harga masih tinggi.

10. MAZDA RX-7 (FD)

Walaupun setiap generasi RX-7 adalah baik, tetapi FD ialah terbaik. Enjin turbo sekuensial rotor-kembar mampu menjana putaran rev tinggi dan memiliki rekaan rupa yang cukup menggoda. Mazda RX-7 berjaya menambat hati para peminat JDM di mana-mana saja pelusuk dunia.

11. HONDA S2000


Honda S2000 kekal sebagai model terbaik untuk aktiviti track day. Dengan harga berpatutan, berkuasa, reliabel dan seronok dipandu, model sport ini memiliki banyak komponen tambahan dan aksesori aftermarket jika seseorang itu berminat melakukan ubah suai.

12. HONDA INTEGRA TYPE-R


Ini ialah antara model  yang mempunyai pengendalian terbaik dalam kategori pacuan roda depan (FWD). Dipacu enjin VTEC yang cukup gah dan mantap, kereta sport ini mampu dilenjan hingga 8000rpm.

13. DATSUN 240Z

Datsun 240Z ini pernah menggegarkan dunia sejak melakukan debut pada penghujung 1960-an dengan menawarkan rekabentuk dan atribut pemanduan menarik. Kereta ini amat laris di pasaran pada era kegemilangannya dan kini masih lagi menjadi buruan peminat JDM.

14. AUTOZAM AZ-1

Seperti Honda Beat, model Autozam AZ-1 Kei hanya dipasarkan di Jepun sahaja. Kenapa layak berada dalam senarai terbaik? Sebabnya ialah susun atur enjin pertengahan dan pintu sayap camar yang cukup ikonik. Siapa cakap Jepun tidak pernah buat kereta eksotik begini?

15. TOYOTA MR2


Jika anda sedang memikirkan tentang kereta sport Jepun mampu milik yang ada enjin di tengah, Toyota MR2 ialah model pertama patut terlintas di fikiran. Tanpa mengira model mana satu antara tiga generasi, pasti orang itu akan tersenyum memilikinya kerana harga mampu milik ditawarkan.

SUMBER: RoadAndTrack

Related

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Jepun, Kereta Jepun, Kereta Sport, Kereta Sport Jepun, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev