• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 11 Fakta Pantas | Renault Captur (2018) Facelift CKD, Harga Kekal - RM109,000

11 Fakta Pantas | Renault Captur (2018) Facelift CKD, Harga Kekal - RM109,000

May 21, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CROSSOVER terlaris Eropah, Renault Captur menampilkan perubahan signifikan untuk kekal segar dan relevan di pasaran. Dibawakan TC Euro Cars (TCEC) selaku pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia, model crossover segmen-B itu kini tampil lebih sporty dengan dua tona baharu dan ruang kabin dinaik taraf dan berkualiti tinggi.

Berikut 11 fakta pantas tentang Renault Captur facelift yang perlu anda tahu:

1. Didatangkan dalam empat warna:

  • Flame Red (merah) - warna popular
  • Atacama (jingga)
  • Ocean Blue (biru)
  • Pearl White (putih)

Semua warna di atas dipadankan dengan dan bumbung hitam Diamond Black.

2. Harga Renault Captur baharu kekal RM109,000 (atas jalan termasuk GST, tanpa insurans). Tambahan RM900 (tidak termasuk GST) untuk warna merah dan putih, termasuk plat kaki dan bekas lapik but (trunk tray).

3. Dipasarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang milik Tan Chong Group di Segambut. Diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV)

4. Dikuasakan enjin pengecas turbo TCe 120 Renault berkuasa 118hp (4,900rpm) dan tork 190Nm (2,000rpm) dengan transmisi EDC (Efficient Dual Clutch) 6-kelajuan. Penggunaan bahan api 5.4 liter per 100km.

5. Luaran menampilkan ciri lampu siang (DRL) LED dan gril rekaan semula yang mirip crossover lebih besar, Kadjar. Ini termasuk dibekalkan rim aloi 17-inci dan lampu signal belok LED pada perumah cermin sisi.

6. Dalaman menggunakan material plastik berkualiti tinggi dan papan pemuka lembut. Kemasan upholsteri dibalut kulit hitam, manakala tombol gear direka semula, termasuk panel pintu membuatkan kabin semakin moden serta sofistikated.

7. Kerusi belakang boleh lipat dalam konfigurasi 60:40 dengan kapasiti but 377 liter kepada  1,235 liter.

8. Renault Captur dilengkapkan sistem multimedia MediaNav dengan skrin sentuh 7 inci berserta sambungan auksiliari (AUX), USB, Bluetooth dan navigasi.

9. Semua ciri di bawah disediakan sebagai standard:

  • Masukan tanpa kunci (keyless entry) dengan fungsi kunci automatik
  • Lampu utama dan sensor hujan automatik
  • Kamera undur, sistem navigasi
  • Mode ECO dengan tambahan penjimatan bahan api tambahan hingga 10 peratus
  • Poket pintu yang boleh memuatkan botol minuman 1.5 liter

10. Menampilkan ciri keselamatan standard seperti:

  • 4 beg udara
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Bantuan Brek Elektronik (EBA) dan Agihan Brek Elektronik (EBD)

11. Servis selepas jualan 5-in-Captur menawarkan:

  • Servis dan penyenggaraan percuma (alat ganti dan kos buruh) selama 5 tahun atau perbatuan hingga 100,000km (mana-mana tiba dahulu)
  • Jaminan pengeluar hingga 5 tahun tanpa had perbatuan
  • Bantuan jalanan 24 jam percuma
  • Perkhidmatan ambil dan hantar ketika penyenggaraan berjadual di pusat servis Renault sah.
  • Khidmat mobililti atau kereta gantian jika mana-mana alat ganti tidak dapat diperoleh dalam tempoh lebih 48 jam di pusat servis sah, bergantung stok.
GALERI

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Renault, Renault Captur, Renault Captur Facelift (2018), Roda4, SUV, TC Euro Cars (TCEC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my