• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #2018MotoGP: Aksi GP Perancis Milik Marquez, Hafizh Kutip Mata!

#2018MotoGP: Aksi GP Perancis Milik Marquez, Hafizh Kutip Mata!

May 20, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SAYANG seribu kali sayang, bintang paling menyinar, Johann Zarco (Monster Yamaha Tech3) yang bermula dipetak pertama terpaksa melupakan hasrat menaiki podium di tanah air sendiri selepas terjelepuk jatuh pada pusingan ke-8, sekali gus membuka laluan kepada adinda Marc Marquez yang langsung tidak dicabar lawan di belakang dengan catatan masa 41 minit 49.773 saat. Betullah orang cakap, dia memang laju.

Kemenangan Marquez di Litar Le Mans itu ialah kali ketiga berturut-turut buat dirinya dalam saingan MotoGP 2018 yang kini memasuki pusingan ke-5 sejak membuka tirai di Qatar.

Mengikuti jauh di belakang adinda Marquez ialah Danilo Petrucci (Pramac Racing), 41 minit 52.083 saat dan kuda tua aka kekanda Valentino Rossi (Movistar Yamaha), 41 minit 55.123 saat yang kali terakhir menaiki podium kedua pada pusingan pertama lalu di Qatar. Sesuatu yang agak mengejutkan kerana ramalan banyak bertumpu kepada aksi Zarco dan pelumba Ducati Team, Andrea Dovizioso yang agak konsisten dalam perlumbaan terdahulu. Dovizioso juga terjatuh.

Sementara itu, pelumba negara, Hafizh Syahrin @ Ikan @ Fish @ Pescao nyata tidak mengecewakan apabila berjaya mengumpul 4 mata selepas mengakhir perlumbaan di kedudukan ke-12 yang juga menjadi rookie paling pantas di Le Mans.

KEPUTUSAN PENUH GP Perancis 2018:

  1. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 41m 49.773s
  2. Danilo Petrucci ITA Pramac Ducati (GP18) 41m 52.083s
  3. Valentino Rossi ITA Movistar Yamaha (YZR-M1) 41m 55.123s
  4. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP17) 41m 56.087s
  5. Dani Pedrosa ESP Repsol Honda (RC213V) 41m 57.192s
  6. Jorge Lorenzo ESP Ducati Team (GP18) 42m 0.128s
  7. Maverick Viñales ESP Movistar Yamaha (YZR-M1) 42m 13.531s
  8. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 42m 15.568s
  9. Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 15.979s
  10. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 42m 17.710s
  11. Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 22.077s
  12. Hafizh Syahrin MAL Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1)* 42m 24.735s
  13. Franco Morbidelli ITA EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 42m 27.654s
  14. Bradley Smith GBR Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 28.072s
  15. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)* 42m 31.759s
  16. Thomas Luthi SWI EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 42m 35.033s
  17. Karel Abraham CZE Angel Nieto Team (GP16) 42m 46.645s
  18. Xavier Simeon ESP Reale Avintia (GP16)* 43m 1.890s

  • Scott Redding GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Tito Rabat ESP Reale Avintia (GP17) DNF
  • Johann Zarco FRA Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1) DNF
  • Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP18) DNF
  • Alvaro Bautista ESP Angel Nieto Team (GP17) DNF
  • Andrea Iannone ITA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2018 MotoGP, Auto Terkini, French GP, Hafizh Syahrin, Litar Le Mans, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2018, pescao, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev