• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Langsung Tidak Terjual Tahun Lalu di Indonesia, Infiniti Terpaksa Henti Jualan

Langsung Tidak Terjual Tahun Lalu di Indonesia, Infiniti Terpaksa Henti Jualan

May 20, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


ADA banyak pengeluar automotif memiliki subjenama yang dikhaskan untuk pasaran kenderaan mewah seperti Lexus (Toyota), Genesis (Hyundai), dan Infiniti (Nissan). Semua jenama mewah itu ada di Malaysia, dan memiliki kelompok peminat tersendiri.

Bagaimanapun, jualan Infiniti di Indonesia tidak tidak sehebat pasaran di republik itu yang memiliki populasi kira-kira 230 juta penduduk.

BACA >>> Alfonso Albaisa - Lelaki Penting di Sebalik Nissan dan Infiniti, Pernah Jadi Pereka Kapal Pesiar

Jenama Infiniti sudah berada di Indonesia sejak 2011. Pada masa itu, pencapaian jenama itu tidak terlalu besar, tetapi masih cukup baik. Pada tahun pengenalan, Infiniti yang bernaung di bawah PT Nissan Motor Indonesia (NMI) mampu meraih jualan 56 unit dengan mengalahkan pesaing mewah lain seperti Land Rover (53 unit), dan Jaguar (51 unit).

TIADA JUALAN UNTUK 2017

infiniti indonesia
infiniti indonesia
infiniti indonesia
infiniti indonesia

Tahun awal pengenalan, Infiniti mencatatkan jumlah jualan tertinggi. Namun tahun berikutnya (2012), jualan mula merosot kepada 36 unit sahaja dan terus menurun 16 unit (2013), 8 unit (2014), dan 9 unit (2015). Paling menyedihkan, rekod jualan terendah Infiniti ialah pada 2016, iaitu cuma 1 seunit terjual, manakala tahun lalu tiada langsung jualan direkodkan.

Perkembangan baharu itu memerlukan Infiniti menyemak semula kedudukan jenama tersebut di pasaran Indonesia.

BACA >>> Honda Odyssey (2018) Versi Indonesia Tiada Honda Sensing, Cuma Bantuan Parkir Pintar

Ketua Komunikasi NMI, Hana Maharani berkata, buat masa ini jenama Infiniti terpaksa dihentikan jualan, dan berada dalam status reviu daripada NMI. Namun, urusan jualan dan alat ganti untuk pemilik sedia ada, masih diteruskan wakil jualan Nissan.

Bagaimanapun, apa yang menimpa Infiniti di Indonesia tidak sama di pasaran negara luar seperti Amerika Syarikat, Kanada dan China kerana jenama itu mencatatkan peningkatan jualan di sana.

Adakah nasib sama menimpi Infiniti di Malaysia? Boleh dikatakan jualan jenama mewah di bawah Nissan itu juga kurang mendapat sambutan di negara ini dan tidak seperti pesaingnya dari Jepun, iaitu Lexus.

SUMBER: AutonetMagz

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Indonesia, Infiniti, jualan, Kenderaan Mewah, Nissan, PT Nissan Motor Indonesia (NMI), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev