• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bosch Hasilkan Teknologi Angkasa untuk Ciri Keselamatan Baharu Motosikal

Bosch Hasilkan Teknologi Angkasa untuk Ciri Keselamatan Baharu Motosikal

May 18, 2018 By Aryon Leave a Comment

802
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA tahu duduk atas pelana motosikal adalah lebih berisiko berbanding kerusi kereta. Walaupun ada risiko, tetapi itulah yang memberikan keseronokan kepada penunggang. Katanya, lebih thrill, lebih seronok.

Pengeluar sejak berdekad lalu sudah menghasilkan pelbagai inovasi teknologi dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan bermotosikal, antaranya seperti pembuatan jaket beg udara dan helmet pintar. Apa lagi selepas ini?

BACA >>> Sistem CAT - Motosikal Moden Bakal Ada Teknologi Elak Perlanggaran

GAS BERTEKANAN ANTI-GELINCIR

Terbaharu, syarikat kejuruteraan dan elektronik dari Jerman, Bosch menghasilkan inovasi keselamatan motosikal berasaskan teknologi angkasa dalam bentuk sistem anti-gelincir dengan konsep pantulan-Bumi (Earth-bound), iaitu meledakkan gas bertekanan untuk membantu penunggang menangani situasi tidak diduga.

Sistem mitigasi gelincir Bosch itu berfungsi berasaskan prinsip sama seperti beg udara dengan menyediakan ledakan sisi ketika motosikal dalam posisi miring dan hilang geseran atas permukaan licin.

Tiada beg udara dikeluarkan, sebaliknya cuma gas bertekanan yang dibebaskan daripada penujah (thruster) di sisi motosikal dalam situasi mahu terbalik atau tergelincir. Gas bertekanan tersebut bertindak untuk mengangkat semula badan motosikal supaya penunggang dapat terus mengawal jentera mereka, sekali gus mengelak sebarang potensi bahaya.

BACA >>> Ducati Bakal Perkenal Sistem Radar Laser Sebagai Ciri Keselamatan Baharu Motosikal

Sama seperti beg udara, penujah cuma mampu menyelamatkan punggung anda sekali sahaja sebelum perlu ditukar baharu walaupun anda mungkin rebah secara tidak sengaja. Perlu diingatkan, harga sistem baharu ini rasanya tidak murah walaupun belum ada sebarang harga didedahkan.

Persoalannya, adakah sistem ini mampu meningkatkan aspek keselamatan tunggangan dengan manfaat jelas, dan pada masa sama adakah menjejaskan keseronokan menunggang?

Related

802
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angkasa, autotainment, Bosch, keselamatan motosikal, Penujah, roda2, Sistem Anti-Gelincir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev