BMW M5 sudah sekian lama melakar sejarah sebagai sedan premium berkuasa tinggi dan sekian lama menguasai segmen kenderaan seumpamanya. Ini menunjukkan tahap kemahiran tinggi kejuruteraan dan inovasi pemanduan pintar yang dimiliki model dari Jerman itu.
BMW M5 serba baharu kini tiba ke pasaran tempatan sempena acara BMW M Track Experience 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Berikut 12 fakta pantas perlu anda tahu tentang BMW M5:
1. BMW M5 merangkul dua Rekod Dunia Guinness untuk jarak drift paling jauh dan aksi jarak drift paling jauh melibatkan dua kereta.
2. Aksi drift itu dilakukan sendiri pelumba profesional BMW, Johan Schwartz membabitkan jarak sepanjang 374.2km di atas litar skid pad dalam masa 8 jam. Schwartz kemudian berkolaborasi pula dengan Ketua Pelatih Pemanduan BMW Performance Centre, Matt Mullins untuk melakukan aksi drift kenderaan secara berkembar untuk jarak sepanjang 79.3km dalam masa sejam.
3. Buat kali pertama, BMW M5 menampilkan kuasa melalui sistem pacuan semua roda (AWD), M xDrive yang dilengkapi mod 4WD, 4WD Sport dan 2WD.
4. Dilengkapi enjin V8 4.4L yang dipadankan M TwinPower Turbo berkuasa 600hp (5,600-6,700rpm) dan tork 750 Nm (1,800rpm) - tork meningkat 70Nm.
5. Pengalaman pemanduan jadi lebih mengujakan dengan opsyen mod pemanduan: Efficient, Sport atau Sport Plus.
6. Padanan transmisi 8-kelajuan M Steptronic memberikan respon lebih berkesan ketika memecut dengan pecutan 0-100kmj sepanjas 3.4 saat.
7. Dilengkapi trim bampar depan terkini dengan keupayaan penyerapan udara lebih tinggi untuk memastikan sistem penyejukan dan brek M5 dibekalkan dengan udara penyejukan secukupnya.
8. Bonet menggunakan material aluminium, manakala bumbung dirumus daripada plastik gentian karbon diperkuat (CFRP).
9. Difuser belakang diubah suai dengan skirt sisi, apron dan spoiler M. Cermin kereta menampilkan rekabentuk M yang dinamik dan tersendiri.
10. BMW M5 didatangkan standard dengan rim M Double-Spoke style 706M bersaiz 20 inci.
11. Aksesori tambahan naik taraf turut ditawarkan seperti Brek Seramik Karbon M yang didatangkan dengan kaliper emas. Brek tersebut menyumbang kepada pengurangan berat 23kg.
12. Ciri kabin menampilkan set infotainment skrin sentuh BMW Navigation Professional 10.25 inci, paparan dongak (HUD) berserta M-Specific Content, dan sistem Bantuan Pemandu BMW menyeluruh yang menjadi antara ciri utama BMW ConnectedDrive.
13. Didatangkan dengan kerusi standard multifungsi M dengan sulaman kulit Merino. Tidak ketinggalan integrasi visual dan ukiran logo M pada penyandar kepala.
14. Pilihan kerusi dan upholsteri termasuk kombinasi tona dua warna: Aragon/Black dan Complete Black yang dipadankan trim dalaman berstruktur Karbon Aluminium dengan gilapan Krom Gelap.
15. Dijual pengedar sah BMW seluruh negara bermula 1 Jun 2018 pada harga RM942,759.86.
16. BMW turut menawarkan pakej tambahan seperti:
- Pek Prestasi - RM30,000
- Pek Keselamatan Lanjutan - RM15,000
- Pek Hiburan - RM55,000
- Brek Seramik Karbon 'M' - RM95,000
17. Pembeli BMW M5 ditawarkan:
- Waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun
- Program servis berjadual percuma
- Program waranti tayar selama 2 Tahun/24 Bulan untuk penawaran servis Run Flat Tyre
- Bantuan jalanan dan hotline kemalangan
- Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card Elite
- Servis online
Leave a Reply