• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Tawar Ganjaran Hadapi Detik Mansuh GST, Tidak Perlu Risau Beli Kereta Sekarang!

Proton Tawar Ganjaran Hadapi Detik Mansuh GST, Tidak Perlu Risau Beli Kereta Sekarang!

May 18, 2018 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


RAMAI mungkin tertanya apakah kesan signifikan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap industri automotif, terutama pengeluar nasional seperti Proton?

Proton hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menyambut baik perubahan tampuk kepimpinan Malaysia yang menyaksikan kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri ke-7 baharu pada 10 Mei lalu. Ini termasuk keputusan memansuhan GST berkuatkuasa 1 Jun 2018.

Sebagai langkah persediaan, Proton memutuskan menawarkan skim harga sementara bagi memastikan pelanggan mendapat faedah berikutan perubahan dasar tersebut seperti berikut yang berkuat kuasa serta merta:

1. Semua kereta Proton yang dijual dan didaftarkan bermula 16 Mei-31 Mei 2018 akan diberi baucar servis, bersamaan nilai perbezaan antara harga kereta semasa dan baharu selepas kadar sifar GST dikuatkuasa nanti.

2. Khidmat Pelanggan Proton menawarkan diskaun 6 peratus bagi servis berkala (kos buruh dan penukaran alat ganti yang terjadual sahaja) kepada semua pemilik Proton yang melakukan servis di pusat servis diiktiraf. Inisiatif ini akan bermula 19-31 Mei 2018.

3. Kepada pelanggan yang menghantar kereta untuk diservis bermula 16 – 18 Mei 2018, mereka juga\ akan diberi diskaun 6 peratus yang boleh digunakan pada servis akan datang (tertakluk resit servis terdahulu).

ANSURAN SIFAR, FAEDAH SIFAR

Ganjaran di atas ialah tambahan kepada tawaran sedia ada, iaitu promosi 'Kosong-Kosong' yang mana pembeli Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Ertiga (semua varian) dan Exora (semua varian) yang membuat pinjaman 9 tahun dengan Hong Leong Bank adalah layak mendapat pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama.

Bagi pembeli Saga atau Persona yang membuat pembiayaan pembelian 7 tahun dengan PROTON Commerce pula, mereka layak menikmati ansuran 3 bulan percuma, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, Proton sentiasa menyokong sebarang usaha Kerajaan Malaysia baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Walaupun GST berkadar sifar hanya berkuatkuasa 1 Jun, kami memutuskan memberikan ganjaran kepada pelanggan sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka dan bersempena bulan Ramadan," katanya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Abdul Rashid Musa, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), GST, Promosi Kosong-Kosong Proton, Proton, SST, Tun Dr Mahathir Mohamed

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev