• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 5 Fakta Pantas | KTM XC-W (2019) - Cross Country 2-Lejang Versi Kemas Kini

5 Fakta Pantas | KTM XC-W (2019) - Cross Country 2-Lejang Versi Kemas Kini

May 20, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

591
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KTM 300 XC-W TPI | KTM 250 XC-W TPI | KTM 150 XC-W

BARISAN KTM 2-lejang cross-country kini menerima beberapa kemas kini baharu bermula jentera, transmisi hingga suspensi. Berikut 5 fakta pantas mengenai perubahan ditampilkan barisan KTM XC-W (2019): 250 XC-W TPI, 300 XC-W TPI dan 150 XC-W.

1. Bagi versi 2019, KTM 250 XC-W TPI dan 300 XC-W TPI menerima penambahbaikan suspensi. Tahun lalu, model itu dilengkapkan dengan suntikan bahan api. Bagi versi 2019, barisan XC-W TPI mendapat pengemaskinian suspensi dengan absorber WP mendapat piston utama baharu, manakala fork dan absrober ditala semual dengan tetapan lebih keras.

2. Perincian turut dikemas kini. Pelapik pelana kini lebih kesat, bateri litium-ion lebih berkuasa dan grafik baharu.

3. Model lumba KTM 150 XC-W (2019) menerima silinder baru tahun ini. Silinder baharu 150cc itu turut memuatkan injap kuasa baharu yang direka untuk meningkatkan prestasi rpm tinggi, dan port ekzos yang digilap.

4. Bahagian bawah 150 XC-W turut diberi perhatian. Transmisi 6-kelajuan dikemas kini untuk penukaran gear lebih baik selain meningkatkan reliabiliti. Jentera motocross ini turut dipadankan klac DS baharu dan kecil, termasuk penghidup tendang yang ditukar untuk menambah baik reliabliti.

5. Pengurus Produk Kanan Off-Road KTM, Joachim Sauer berkata, dua tahun lalu ialah detik menyeronokkan bagi pembangunan jentera enduro KTM. Generasi baru model 2017 direkabentuk semula bermula daripada bawah, disusuli model global pertama 2018, yakni siri pengeluaran utnuk model perlumbaan off-road 2-lejang suntikan bahan api dengan KTM 250 XC-W TPI dan KTM 300 XC-W TPI.

"Ini ialah tahun yang bergerak pantas, tetapi membuahkan hasil dalam beberapa tahun dari segi pembangunan untuk segmen ini yang mana kami kekal sebagai pendahulu pasaran.

"Model 2019 menyaksikan perubahan penting membabitkan semua model, bersama lebih banyak perincian teliti untuk jentera KTM 150 XC-W. Ketika kami memasuki era baharu enduro sepenuhnya, kami kini melihat kepada model KTM XC-W terbaharu yang tiba di pusat jualan,” kata Sauer.

KTM 300 XC-W TPI
2019-KTM-300-XC-W-TPI-1
2019-KTM-300-XC-W-TPI-2
2019-KTM-300-XC-W-TPI-3
2019-KTM-300-XC-W-TPI-4
KTM 250 XC-W TPI
2019-KTM-150-XC-W-2
2019-KTM-150-XC-W-1
KTM 150 XC-W
2019-KTM-250-XC-W-TPI-i
2019-KTM-250-XC-W-TPI-ii
2019-KTM-250-XC-W-TPI-iii

SUMBER: UltimateMotorcycling

Related

591
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: fakta pantas, KTM, KTM 150 XC-W, KTM 250 XC-W TPI, KTM 300 XC-W TPI, KTM XC-W, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev