• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 10 Fakta Pantas: Rolls-Royce Cullinan, SUV Pertama Jenama Mewah British

10 Fakta Pantas: Rolls-Royce Cullinan, SUV Pertama Jenama Mewah British

May 16, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

782
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ROLLS-ROYCE mendedahkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama itu, Cullinan (2019), pada Mei tahun lalu yang dibangunkan berasaskan arkitektur semua aluminium selain mengekalkan rekabentuk tradisi Rolls-Royce yang bersegi, dan elegan berserta pintu buka engsel (rear-hinged).

Apa lagi yang menarik tentang Rolls-Royce Cullinan (2019)?

1. Dijana enjin 6.75L Twin-Turbo V12 berkuasa 563bhp dan tork 850Nm dengan pacuan semua roda (AWD) sebagai standard.

2. Rolls-Royce menjanjikan pengalaman pemanduan signatur, dipanggil 'Pemanduan Karpet Ajaib' (Magic Carpet Ride) yang ultra lembut walaupun dalam situasi off-road. SUV mewah ini turut dibekalkan ciri Kawalan Turun Bukit (HDC) dan tetapan suspensi udara menerusi akses bantuan GPS.

3. Mampu meredah kedalaman air hingga 21 inci (533mm), tetapi tidak mendedahkan maklumat perincian spesifikasi off-road lain. Maklumat pecutan 0-100kmj juga tidak didedahkan. Berat kereta ialah 2,631kg, manakala rim bersaiz 22-inci.

4. Antara teknologi terkini dibekalkan ialah: kamera pandang malam dengan amaran pejalan kaki dan haiwan liar, bantuan amaran, kamera 360º dan atas-bawah, Kawalan Jelajah Aktif (ACC), amaran rempuhan, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Lencong (LDW), paparan dongak (HUD), sambungan hotspot WiFi, lima palam USB, pengecas telefon wayarles dan lain-lain. Juga kali pertama Rolls Royce menawarkan instrumen dalaman secara digital dan skrin sentuh.

5. Rolls-Royce Cullinan menggelarkan bahagian belakang sebagai 'The Clasp' yang dibuka dalam dua seksyen menggunakan kunci utama. Kerusi belakang boleh dilipat secara elektronik dengan nisbah 1:3 atau 2:3 untuk mendapatkan lantai rata (kali pertama diperkenalkan Rolls-Royce).

6. Kapasiti standard ruang kargo Cullinan ialah 560 liter, dan 600 liter jika rak barangan ditanggalkan. Jika kerusi dlilipat, ruang simpanan dapat diluaskan kepada 1,930 liter.  Ruangan but juga dipisahkan daripada kompartment penumpang menerusi pemisah kaca supaya pemilik dapat merasai suasana nyaman dalam kabin walaupun ketika pintu dibuka.

7. Konfigurasi tempat duduk belakang Cullinan boleh dipilih untuk tetapan dua atau tiga penumpang. Dengan konfigurasi dua kerusi belakang, penumpang dapat mengakses konsol tengah dengan kabinet minuman. Bagi Rolls-Royce, Cullinan bukan SUV, tetapi lebih memilih istilah 'kereta tinggi pelbagai rupa bumi' (all-terrain high bodied car).

8. Rolls-Royce menggunakan nama Cullinan bersempena berlian terbesar pernah ditemui yang kini jadi sebahagian daripada mahkota  berlian British.

9. Kualiti dan perincian kekal menjadi identiti Cullinan, daripada meja piknik di but belakang hingga penyejuk minuman dan tombol gear ala permata, termasuk ciri kustom yang boleh dihasilkan mengikut permintaan pembeli.

10. Rolls-Royce tidak mendedahkan harga SUV mewah ini, tetapi dianggarkan bernilai AS$325,000 (RM1,340,462), sekali gus menjadi SUV pengeluaran paling mahal dalam sejarah (ya, lebih mahal daripada Bentley Bentayga). Model edisi khas juga bakal dilancarkan. Cullinan di pasaran bermula penghujung tahun lalu.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

782
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: British, Cullinan, fakta pantas, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Rolls-Royce, Rolls-Royce Cullinan (2019), SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my