• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / "Tak Guna Ada Kerajaan Baharu Kalau..."

"Tak Guna Ada Kerajaan Baharu Kalau..."

May 11, 2018 By Azhan O 1 Comment

842
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERAIKAN kemenangan memang seronok, tetapi bersungguhkah kita mahu ke arah perubahan? Ataupun kita tetap selesa dengan sikap dan mentaliti lama? Adakah kita sangka menukar Kerajaan mampu mengubah segala-galanya dalam hidup kita tanpa kita sendiri mahu mengubahnya.

Mari kita baca apa diperkatakan penulis Khairul Abdullah yang cuba mengajak kita semua memuhasabah semula diri kita.


Tak guna kalau ada Kerajaan yang boleh turunkan kos hidup, namun kau masih mengharapkan BRIM. Tak guna ada Kerajaan yang boleh menghentikan rasuah, namun kau masih lagi dok hulur bawah meja nak dapat job, nak kelulusan segera dan sebagainya.

Tak guna ada Kerajaan yang boleh buat infrastruktur canggih dan hebat sedangkan kau masih lagi tak reti beratur naik tren, tak reti bagi signal ketika memandu dan masih langgar lampu merah tak kira siang atau malam.

Kau bersungguh-sungguh nak Kerajaan tegakkan syiar islam, tapi kau masih buang sampah merata-rata. Tandas kau masih lagi kotor ya rabbi. Tandas kat masjid dan surau pula tu. Kau langgar segala undang-undang yang Kerajaan buat tanpa rasa bersalah dan berdosa pun. Habluminannas kau tak peduli langsung.

Kau harapkan Tun yang dah tua tu untuk tolong kau, majukan negara, tingkatkan ekonomi supaya hidup kau lebih senang. Tapi kau setiap malam lepak mamak sampai lewat malam dok berborak kosong.

Kau harapkan Kerajaan baru sediakan banyak peluang kerja buat kau. Tapi kau memilih bukan main, nak kerja sedap dan nak gaji sedap. Susah dan berat kau tak mau, biar Bangla saja yang buat.

Ehhh macam-macam lagilah.

Kau kalau takat ubah Kerajaan lepas tu harap hidup kau terus bahagia maka jangan kau mimpilah. Kalau kau malas, maka hidup kau tetap sama.

Kalau kau jenis pengotor, baling sampah ikut tingkap kereta, ikut tingkap rumah maka persekitaran kau juga masih akan tetap kotor. Sampaikan orang luar tanya kenapa negara Islam kotor-kotor belaka?

Kalau kau jenis tak reti bagi signal, tak reti tunggu lampu hijau dan tak reti guna seatbelt dan suka main phone ketika memandu, kadar kematian atas jalan raya yang berjumlah sekitar 7,000 orang setahun tu akan tetap tak berubah juga.

Kalau kau jenis yang tak reti guna lane yang betul untuk pandu perlahan atau laju, maka kalau Kerajaan buat lebuhraya 12 lorong pun masih tetap akan jem sampai kiamat.

Apa gunanya Kerajaan baru kalau hidup dan perangai kau masih tetap sama.

Jadi, kau ubahlah.

Buanglah mentaliti dunia ketiga atau mentaliti jamban tu dengan mentaliti kelas pertama.

Inilah masa yang sesuai.

Malaysia sekarang ini adalah untuk mereka yang mahu berubah.

#jomubah
#mentalitimasihjamban

Related

842
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Kerajaan, Khairul Abdullah, Mentaliti Jamban, sembang deras, Ubah

Comments

  1. man dalf says

    May 11, 2018 at 1:40 AM

    artikel paling win abad ini.. tolong publish besar besaran.. terimakasih

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev