Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Johann Zarco Sah ke Red Bull KTM untuk Saingan MotoGP 2019-2020
Auto Terkini

Johann Zarco Sah ke Red Bull KTM untuk Saingan MotoGP 2019-2020

AryonBy Aryon05/05/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM secara rasmi mengesahkan Johann Zarco akan berlumba dengan pasukan factory itu bagi saingan MotoGP musim 2019 dan 2020.

Sepanjang bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3, pelumba Perancis itu nyata cemerlang sejak memulakan saingan MotoGP musim lalu dengan meraih 4 kali podium, 3 kali petak utama (pole position) dan kerap kali mengungguli perlumbaan dengan meletakkan pasukkan sebagai pasukan satelit paling cemerlang musim lalu.

Lama sebelum itu, Tech 3 pada Mac lalu mengesahkan bekerjasama dengan KTM sebagai pasukan satelit baharu untuk pengeluar dari Austria itu selepas berpisah dengan Yamaha. Malah, ketua Tech 3, Herve Poncharal sendiri sedar sukar mendapatkan Zarco sambil menyatakan pelumba 27 tahun itu selayaknya berlumba untuk mana-mana pasukan rasmi (factory).

Kini, pasukan factory itu disertai Bradley Smith dan Pol Espargaro.

BACA >>> KTM Sahkan Tech 3 Jadi Pasukan Satelit Baharu MotoGP 2019, Nasib Hafizh Bagaimana?

My carreer will continue where everything begin, from RedBull Rookies Cup to the conquest of the MotoGP title. You understand it, I join @KTM_Racing for the next two years. I’m very happy to ride this KTM, which we have the same ambitions : Ready to race ! @Michelin_Sport pic.twitter.com/H5j0b6c4Zp

— Johann Zarco (@JohannZarco1) 3 May 2018

DESAS-DESUS SEJAK NOVEMBER TAHUN LALU

Khabar angin Zarco-Red Bull KTM sudah menular sejak November tahun lalu walaupun Repsol Honda dan Suzuki turut menyatakan minat memiliki juara dua kali Moto2 itu. Bagaimanapun, Suzuki mengetepikan Zarco selepas memutuskan memilih Alex Rins, manakala pelana Honda pula dikhaskan untuk pelumba kedua selepas adinda Marc Marquez.

BACA >>> Sut Lumba Bekas Pelumba Monster Yamaha Tech 3, Bradley Smith Dilelong

Berita terbaharu itu bermakna Zarco bakal berlumba bersama pelumba Espargaro yang baru saja menandatangni kontrak lanjutan, Rabu lalu, sekali gus menyingkirkan Smith. Kasihan.

Zarco ialah juara pertama Piala Rookies Red Bull 2007 sebelum memulakan karier dalam MotoGP. Ketika ini, dia berkongsi mata sama dengan pelumba pasukan satelit LCR Honda, Cal Crutchlow di tempat ke-4 dalam ranking MotoGP.

“KTM ada hubungan baik dengan Johann (Zarco) sejak Piala Rookies Red Bull,” kata Pengarah Sukan Permotoran KTM, Pit Beirer.

“Kami sokong projek Moto2 menerusi WP dan Pengurus Pasukan Moto3, Aki Ajo ialah kawan baik dia. Kami juga ada hubungan baik dengan pengurusnya, Laurent Fellon.

“Dua tahun pertama ialah tentang membangunkan projek dan menjadikan segalanya berjalan lancar. Anda selalu mahu mendapatkan pelumba terbaik dan ketara sekali aksi Johann menumpas pelumba factory dengan jentera satelit dan konsisten layak dalam pelumba baris depan, menunjukkan dia memang seorang pejuang kuat dan bersemangat kuat.

“Aku yakin kami dapat capai peringkat seterusnya dengan pelumba seperti Johann, ” kata Beirer.

PILIH KTM, KEPUTUSAN BERANI


Zarco tidak pernah menang perlumbaan MotoGP kelas premier, tetapi pelumba pasukan satelit Yamaha itu cuma ketinggalan 0.337 saat dalam aksi GP Valencia tahun lalu dan tewas 0.251 saat kepada Cal Crutchlow di Argentina tahun ini. Malah pelumba Perancis itu tidak pernah gagal menerajui barisan pelumba depan dalam setiap siri GP, bermula Philip Island, Australia (2017) hingga Austin, Amerika (2018).

Keputusan memilih KTM berbanding Honda dan Suzuki dilihat sebagai tindakan yang cukup berani, apatah lagi mesin RC16 belum menunjukkan sebarang potensi menyerlah untuk musim kedua ini. Keputusan terbaik setakat ini hanyalah tempat ke-11 dan kini berada di kedudukan ke-6 dan terakhir dalam ranking Pembina atau Constructor.

Jika pasukan factory KTM sudah lengkap untuk musim depan, barisan pelumba Tech3 KTM pula masih terbuka walaupun sekurang-kurangnua satu pelana dijangka sudah sedia menjadi milik antara Miguel Oliveira atau Brad Binder daripada pasukan factory Moto2, RedBull KTM Ajo.

BACA >>> Sepang Cari Pasukan MotoGP Baharu untuk Hafizh Syahrin? Mahu Kekal Jentera Yamaha

Malah ada ura-ura pelumba negara Hafizh Syahrin akan dipujuk Poncharal menyertai pasukan satelit KTM. Namun, pada masa sama, pasukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang menguruskan Hafizh, lebih berminat bekerjasama dengan mana-mana pasukan satelit MotoGP yang berminat menggunakan mesin Yamaha sebagai jentera utama.

SUMBER: Crash.net

Bradley Smith Hafizh Syahrin Johann Zarco KTM MotoGP Piala Rookies Red Bull Pit Beirer Pol Espargaro RC16 Red Bull KTM Red Bull KTM Racing roda2 Tech 3 KTM Yamaha Tech 3
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.