• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Ninja 150 Bakal Jengah Pasaran Malaysia? Ya atau Tidak?

Kawasaki Ninja 150 Bakal Jengah Pasaran Malaysia? Ya atau Tidak?

May 4, 2018 By ZY 2 Comments

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Dengan Ninja 250SL yang boleh dianggap sebagai mampu milik, adakah Kawasaki bakal memperkenalkan Ninja 150 pula, khususnya untuk pasaran tempatan?

Itu antara pertanyaan diajukan pembaca kami yang terjumpa foto viral di media sosial, katanya Ninja 125/150 terbaharu. Bukan rahsia lagi, Kawasaki pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 menyatakan kemungkinan menawarkan sportbike dan streetbike kelas 125cc untuk pasaran Eropah.

Menarik ketika ditayangkan, imej bayangan yang terpapar pada skrin jelas menyerlahkan kelibat sportbike dan streetbike sedia ada, Ninja 250SL dan Z250SL. Adakah Ninja 125 yang bakal ditawarkan itu cuma salinan Ninja 250SL dengan enjin lebih kecil?

Bayangan yang dikatakan bakal Ninja 150 dan Z150.

Berdasarkan gambar kiriman pembaca, itu ialah imej lakaran grafik Young Machine, yakni majalah permotoran Jepun yang terkenal dengan maklumat sulit dari belakang tabir industri permotoran. Berbeza Ninja 250SL sedia ada, Ninja 125/150 hasil kreativiti ilustrator itu memiliki lampu depan dwi yang nampak seperti disalin daripada model Ninja 650 baharu, termasuk dilengkapi pelana tunggal.

BACA >>> 7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 1]

Jika lakaran ini boleh dipercayai sebagai teaser untuk maklumat sulit diterima Young Machine, kami tidak dapat menolak kemungkinan perubahan ini bagi membolehkan bakal sportbike termuda Kawasaki itu mampu bersaing dengan sportbike 125cc daripada pengeluar lain seperti Yamaha YZF-R125, KTM RC 125 dan Honda CBR 125R yang sejak sekian lama mendominasi pasaran motosikal junior di Eropah sana.

Dalam pasaran 125cc, rata-rata penunggang remaja berumur dalam lingkungan 17 tahun baru saja menerima lesen menunggang, dan soal gaya antara perkara yang perlu diberikan perhatian. Lebih-lebih lagi, ada rungutan tentang Ninja 250SL yang mengatakan sportbike dengan enjin bersesaran 250cc itu nampak terlalu kecil dan ramping, terutama apabila dibandingkan pesaing 125cc tadi yang kelihatan lebih mirip kepada abang superbike mereka dengan lampu kembar dan fizikal yang tampak lebih gagah.

HARAPAN TIPIS

Suzuki GSX-R150
Suzuki GSX-R150
yamaha_r15_pandulaju

Bagi penunggang di Asean, kami tidak meletak harapan tinggi untuk Ninja 150 terbaru dengan enjin 4-lejang mendarat di rantau ini.

Walaupun tidak dinafikan, kebanyakan sportbike 125cc di Barat ada ditawarkan dalam versi 150cc di negara serantau seperti Thailand dan Indonesia , Ninja 250SL dengan harga ditawarkan sudah dikira agak rendah berbanding sportbike 250cc lain termasuk Kawasaki sendiri, sekali gus menjadikan sportbike 250cc  silinder tunggal itu masih pilihan popular.

Perlu diambil kira juga jurang perbezaan kuasa Ninja 250SL (24hp) yang tidak terlalu ketara dengan sportbike 150cc lain seperti Yamaha YZF-R15 dan Suzuki GSX-R150 yang mampu mencapai 18hp. Jadi, menawarkan Ninja 150 baharu dengan kuasa enjin 4-lejang yang pasti lebih rendah untuk menggantikan Ninja 250SL, itu bukan keputusan mudah untuk diambil Kawasaki.

BACA >>> Suzuki GSX-R150 Special Edition dengan Ekzos Yoshimura R77! (Vietnam Sahaja)

Jika itu dilema yang bakal dihadapi di negara dengan kapasiti penduduk dan jumlah penunggang motosikal tinggi, bayangkan pasti lebih sukar untuk jadi kenyataan di negara kecil seperti Malaysia dengan rata-rata penunggang masih lebih sukakan kapcai. Pastinya idea sportbike 4-lejang bersesaran bawah 200cc dianggap perkara kelakar dan memalukan.

Kesimpulan muktamadnya, jangan harap!

Related

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Ninja 125, Kawasaki Ninja 150, Kawasaki Ninja 150 Malaysia, KAWASAKI NINJA 250SL, motosikal, roda2, sportbike, young machine

Comments

  1. FIRDAUS AZMI says

    August 18, 2019 at 3:19 PM

    Ya..
    Bila nk keluar kawasaki 150 Cc masuk di malaysia..

    Reply
  2. Sufi says

    March 16, 2022 at 5:43 PM

    Kawasaki kena berani cuba pasaran super moped 150 cc berasaskan enjin sportbike ninja 150.. rakan Modenas bleh bekerjasama utk merealisasikan.. kena cepat rebut peluang.. hasilkan design yg cantik dan enjin yg berkuasa pd harga yg realistik dn tidak terlalu mahal.. mesti permintaan pasaran akn melonjak..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev