• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Debut Asia Tenggara Mercedes-Benz Concept EQ Bermula di Malaysia (4-7 Mei Ini)

Debut Asia Tenggara Mercedes-Benz Concept EQ Bermula di Malaysia (4-7 Mei Ini)

May 4, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


MODEL Concept EQ buat kali pertama bakal debut di Asia Tenggara sempena Pameran Jenama EQ Mercedes-Benz yang berlangsung hari ini, 4 Mei 2018.

Dibawakan Mercedes-Benz Malaysia (MBM), model konsep yang pernah muncul di Pameran Motor Paris 2016 tersebut mewakili hala tuju pengeluar automotif Jerman itu dalam meningkatkan kesedaran mengenai penjenamaan EQ mengenai kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

BACA >>> SUV EV - Mercedes-Benz EQ C Mampu Gerak Sejauh 482km

Model EV pacuan semua roda (AWD) itu menghasilkan kuasa 402hp dan tork maksimum 700Nm serta mampu memecut 0-100kmj di bawah 5 saat. Dengan strategi operasi pintar, Concept EQ mampu bergerak sejauh 500km sekali cas.

DIPERKENAL TAHUN DEPAN?

mercedes-benz_EQ_Concept_pandulaju7
mercedes-benz_EQ_Concept_pandulaju11
mercedes-benz_EQ_Concept_pandulaju14

Menerusi penggunaan bateri litium-ion kecekapan tinggi buatan subsidiari, Deutsche ACCUMOTIVE, sistem bateri inovatif Concept EQ memiliki jumlah kapasiti melebihi 70kWh. Kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan dimensi panjang (4730mm), lebar (1948mm) dan tinggi (1560mm) tersebut turut didatangkan dengan skrin 24-inci dengan paparan maklumat seperti kelajuan, jarak, navigasi dan data pemanduan.

EV 4-kerusi itu akan dipasarkan pada 2019 menerusi trenkuasa 2 motor elektrik yang diletakkan di gandar depan dan belakang. Selepas Malaysia, Concept EQ akan dibawa pula ke Singapura, jadi jangan lepaskan peluang mengunjungi Pameran Jenama EQ yang diadakan di Waterfront, Desa Park City, bermula 4 hingga 7 Mei ini.

Selain Concept EQ, MBM turut mempamerkan barisan model baharu EQ Power hibrid, C 350 e dan E 350 e, serta model lain.  Selain itu, MBM turut memperkenalkan stesen cas EV ke-4 kepada orang awam di  Waterfront, Desa Park City selepas kemudahan sedia ada di Bangsar Shopping Centre, Sunway Pyramid dan Pavilion.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Concept EQ, Kenderaan Elektrik (EV), Mercedes-benz, Mercedes-Benz Concept EQ, Mercedes-Benz EQ Power C 350 e, Mercedes-Benz EQ Power E 350 e, Mercedes-Benz Malaysia (MBM), model konsep, Model Konsep EQ, Pameran Jenama EQ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev