ANDREA Dovizioso yang kini sedang mengungguli carta Kejuaraan MotoGP 2018 dilaporkan menolak tawaran awal Ducati untuk melanjutkan kontrak.
Dovizioso, yang sudah bersama Ducati sejak 2013, dan meraih tempat kedua di belakang Marc Marquez pada tahun lalu, dikatakan masih mempunyai baki kontrak hingga penghujung 2018. Pelumba Itali itu dikatakan sedang berunding dengan firma Borgo Panigale berhubung kontrak lanjutan.
Pengurus Ducati Team, Davide Tardozzi awal bulan ini memaklumkan keyakinan Ducati bahawa pasukan itu akan mengikat perjanjian baharu dengan Dovizioso. Tetapi, terkejut kerana Dovioso memutuskan untuk tidak menerima kontrak berkenaan.
Ejen Simone Battistella menjelaskan, status Dovizioso masih jauh dan pihaknya sudah bertemu Ducati dan akhirnya memutuskan untuk terus bekerja seperti biasa supaya pelumba itu rasa selesa dan tidak tertekan.
BACA >>> #2018MotoGP: Dovizioso Tenang Sekat Marquez di Selekoh Akhir, Hafizh Raih 2 Mata
Dovizioso meletakkan dirinya sebagai pelumba penanda aras bagi pasukan Ducati dengan memenangi 7 daripada 16 perlumbaan. Dia kini sedang mengungguli ranking semasa dengan kelebihan satu mata mengatasi pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez.
Battistella menambah, Dovizioso tidak meminta sesuatu yang luar biasa dan mustahil, tetapi hanya apa yang layak dia terima berdasarkan pencapaian baik sepanjang tempoh berlumba dengan Ducati.
"Tetapi pada masa ini, aku dan Dovi masih jauh daripada mencapai persetujuan bersama Ducati," katanya.
Ketika tawaran awal ditolak, pada masa sama Dovizioso turut ditawarkan tempat untuk beraksi bersama Honda dan Suzuki. Ada pula khabar angin, pelumba 32 tahun itu kemungkinan bersetuju dengan terma baru Ducati.
Perjanjian Dovizioso difahamkan bernilai di bawah AS$2 juta (RM7.88 juta), berbanding nilai kontrak AS$12 juta (RM47.25 juta) diterima rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo yang kini sedang bergelut dengan prestasi bersama Ducati, ditinggalkan jauh di belakang berbanding kekanda Rossi. Mungkin Dovizioso mahu Ducati naikkan gaji supaya dia tidak perlu cemburu dan iri hati dengan Lorenzo.
BACA >>> Bergelut Sesuaikan Diri dengan Jentera Ducati, Lorenzo Masuk Suzuki?
Lorenzo masih bergelut dengan jentera Demosedici musim ini. Lebih menarik, ada pula khabar angin menyatakan Suzuki sedang hasrat mahu mengikat perjanjian dengan Lorenzo untuk musim depan. Ini bermaksud, tindakan Ducati Team untuk membiarkan Dovizioso pergi mencari haluan sendiri adalah keputusan kurang bijak.
SUMBER: RideApart
Wak says
Bayar mcm kancil 660 takkan nak laju mcm ferrari kot.