JORGE Lorenzo dalam buku biografinya mendakwa bekas rakan sepasukan MotoGP, Valentino Rossi cuba menirunya apabila pelumba Itali itu kembali kepada Yamaha pada 2013.
Dalam buku yang berjudul, 'What I Learned Before 30' (Apa yang Saya Belajar Sebelum 30 Tahun), Lorenzo mengimbas pengalamannya ketika bersatu semula dengan Rossi dalam pasukan Yamaha selepas kekanda MotoGP itu menyertai Ducati pada 2011-12.
Lorenzo, yang kini menyertai Ducati sejak tahun lalu, berpendapat Pengarah Sukan Yamaha, Massimo Meregalli ada mendedahkan maklumat tentang dirinya kepada Rossi.
BACA >>> #2018MotoGP: GP Argentina 2018 yang Penuh Drama | 12 Fakta Pantas
"Aku bercakap dengan Maio (Meregalli). Aku dapat terima depa tiru setting setiap perlumbaan bermula, tetapi itu semua sudah melampau.
"Aku buat keputusan untuk berhenti hadir taklimat teknikal selepas ujian kelayakan. Aku syak Meregalli beri semua maklumat kepada pasukan Rossi," tulis Lorenzo.
Meregalli pernah mencetuskan kontroversi awal tahun ini apabila mendakwa input Rossi adalah sangat bernilai untuk membangunkan Yamaha berbanding rakan sepasukannya sekarang, Maverick Vinales.
TIRU RUTIN LATIHAN
Lorenzo menulis lagi, Rossi meniru rutin latihan di kem Gerno di Lesmo, Itali selepas berjumpa pelatihnya sebelum pelumba Sepanyol itu memecat pelatih tersebut.
"Rossi baru kembali kepada Yamaha yang ketika mahu memperbaiki keputusannya.
BACA >>> Pelumba Muda Patut Contohi Motivasi Rossi - Bekas Pengurus
"Aku dapat tahu pelatih fizikal aku (Antonio Casciani) ada jumpa Rossi dan pelatihnya di Tavullia. Dia (pelatih Lorenzo) mesti sudah ceritakan kepada mereka tentang corak latihan aku. Jadi aku buat keputusan pecat Antonio."
"Valentino (Rossi) mula berlatih dengan motosikal sama yang aku pakai di Gerno, dan buat program sama. Sama ada kebetulan ataupun tidak, dia mula jadi lebih kompetitif."
SUMBER: RideApart
Leave a Reply