• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Wagon dari Rusia, Lada Vesta SW dan Vesta SW Cross - Harga AS$14,673 (RM57,613)

Wagon dari Rusia, Lada Vesta SW dan Vesta SW Cross - Harga AS$14,673 (RM57,613)

May 8, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

234
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR automotif dari Rusia, AvtoVAZ kini dalam usaha mengembangkan operasi di Eropah dengan melancarkan dua model Lada, jenama kereta di bawah syarikat itu yang kini dimiliki pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Model Vesta SW dan Vesta SW Cross kini sudah tiba di Jerman, Australia dan Hungary serta baru dilancarkan di Slovakia, Serbia dan Bulgaria pada penghujung April ini.

Menyertai model Lada Vesta Sedan, model-model baru itu ditawarkan dalam dua varian, Comfort dan Luxe. Bagaimanapun pengeluar kereta itu masih belum memberi maklumat terperinci tentang model baharu berkenaan, tetapi harga bermula sekitar AS$14,673 (RM57,613).

Sebagai perbandingan, harga model asas Dacia Logan MCV bermula sekitar AS$9,778 (RM38,393) di Jerman, dikuasakan enjin petrol 74hp. Model Logan MCV Stepway pula berharga AS$15,053 (RM59,105) berkuasa 89hp.\

Model Vesta SW dan Vesta SW Cross (jingga) pula dikuasakan enjin petrol 1.6L berkuasa 105hp dan 148Nm untuk pasaran Eropah yang kedua-duanya menepati piawaian emisi Euro 6 dengan dipadankan transmisi manual 5-kelajuan.

Dengan berat kering 1,280kg, Vesta SW mencatatkan pecutan 0-100kmj sepantas 12.4s , manakala kelajuan tertinggi ialah 174kmj. Catatan masa Vesta SW Cross lebih perlahan 0.2s bagi pecutan 0-100kmj dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 172kmj. Purata penggunaan bahan api bagi masing-masing model ialah 7.3 liter/100km (Vesta SW) dan 7.5 liter/100km (Vesta SW Cross).

Pembeli Rusia boleh menempah unit enjin 1.8L berkuasa 120hp dan tork 170Nm, dengan dipadankan opsyen transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 6-kelajuan.

Perbezaan kedua-dua model Vesta SW itu cuma pelekap plastik, tetapan suspensi varian Cross yang lebih tinggi dan kemasan trim untuk ruang dalaman.

LADA VESTA SW

LADA VESTA SW CROSS

SUMBER: CarScoops

Related

234
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: AvtoVAZ, Lada, Lada Vesta, Lada Vesta SW, Lada Vesta SW Cross, Roda4, Rusia, stationwagon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev