• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #AutoChina2018: Everus - SUV EV Pertama Honda di China Berasaskan HR-V

#AutoChina2018: Everus - SUV EV Pertama Honda di China Berasaskan HR-V

May 1, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA memperkenalkan model konsep kenderaan elektrik (EV), Everus EV yang dibina berasaskan HR-V bersama rakan usahasama di China, GAC Motor sempena Pameran Motor Antarabangsa Beijing (AutoChina) 2018. 

Pratonton model EV pertama Honda China itu bakal dijual di bawah jenama Everus dengan menyertai kereta pengeluaran, S1, iaitu model rebadge dan rekaan semula Honda City generasi ke-4 .

Berbanding model konvensional, Everus EV menampilkan lampu depan dan belakang lebih lebar, bampar rekaan semula dan bumbung hitam dengan kesan terapung. Kemasan biru disematkan pada bahagian sil sisi, spoiler depan, bampar belakang dan hujung bonet depan.

BACA >>> #IIMS2018: Honda RS Concept - Model Konsep 'Baby Civic Type R'

Bagaimanapun, Honda masih belum mendedahkan maklumat tentang trenkuasa Everus EV. Apabila mula dipasarkan kelak, model EV itu akan dijual di pusat jualan GAC Honda dan ditawarkan menerusi perkhidmatan kongsi-kereta Reachstar.

Everus EV ialah salah satu 20 EV baharu yang bakal diperkenalkan menjelang 2025. Jualan dikhabarkan bermula tahun ini. Honda juga dikatakan merancang menjual model EV untuk pasaran luar China dalam masa terdekat ini.

SUMBER: CarAdvice

Related

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto China 2018, Auto Terkini, Everus EV, GAC Motor, Honda, Honda China, Honda HR-V, Honda Malaysia, Pameran Motor Antarabangsa Beijing (AutoChina) 2018., Reachstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my