• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Lafesta dengan Bahasa Rekabentuk 'Sport Sensual' untuk Pasaran China Sahaja

Hyundai Lafesta dengan Bahasa Rekabentuk 'Sport Sensual' untuk Pasaran China Sahaja

May 17, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

INILAH antara cubaan Hyundai meluaskan pengaruh jenama tersebut di China, iaitu memperkenalkan model sedan baharu yang dibangunkan khas untuk pasaran negara itu.

Diberikan nama Lafesta, bermaksud 'festival' dalam bahasa Itali, sedan ini dilancarkan sempena Pameran Motor Beijing (AutoChina) 2018 dengan mengetengahkan falsafah rekabentuk 'Sport Sensual' ('Sensuous Sportiness') yang terlebih dahulu dimaklumkan kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS), bulan lalu.

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Menang Lumba Drag? Hyundai i30 N Lawan Volkswagen Golf GTI

Apa yang dapat dilihat ialah gaya baharu dan segar seperti gril besar di depan dengan trim krom, garis lengkung sepanjang bonet dan sisi bawah pintu, dan garis bumbung curam di belakang pilar C. Gaya ini seakan sama dengan Santa Fe baharu, tetapi lebih perincian.

Ketua Rekabentuk Hyundai, SangYup Lee berkata, Lafesta dihasilkan berasaskan sejarah lampau yang panjang dengan mewujudkan karakter sporty dan tersendiri.

"Rekabentuk bertemakan 'Sport Sensual' mencerminkan misi kami untuk membangunkan jenama disayangi dengan menghasilkan kenderaan dengan nilai emosional tinggi," katanya.

LUAS DAN FOKUS PEMANDU

hyundai-lafesta-14
hyundai-lafesta-6
hyundai-lafesta-5

Ruang kabin Lafesta digambarkan sebagai 'luas' dan 'fokus pemandu', dengan dilengkapi material berkualiti, teknologi baharu dan pelbagai sistem bantuan pemanduan.

Prestasi Lafesta dijana enjin 1.6L turbo GDi, yang turut dikongsi Kona Premium GT. Dipadankan transmisi automatik dual klac 7-kelajuan, seperti ada pada SUV subkompak, Lafesta mampu menghasilkan kuasa 175hp dan tork 265Nm. Dari segi saiz, sedan ini lebih panjang daripada Elantra, tetapi memiliki jarap roda sama, dan lebih kecil daripada Sonata.

Lafesta akan dijual di pasaran China pada suku keempat tahun ini. Hyundai juga berjanji memperincikan maklumat mengenai model tersebut selepas pelancaran rasmi kelak.

SUMBER: CarScoops

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto China 2018, hyundai, Hyundai Lafesta, Pameran Motor Beijing (AutoChina) 2018, Roda4, SangYup Lee, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev