AHLI Majlis Negara China sedang menimbangkan cadangan memotong tarif import sebanyak separuh, menurut laporan Bloomberg.
Menurut sumber, levi ke atas kereta import akan dikurangkan kepada 10 atau 15 peratus, daripada caj biasa, 25 peratus. Keputusan tersebut dijangka menggalakkan jualan produk pengeluar automotif asing, terutamanya jenama premium seperti BMW, Lexus dan Porsche.
Pengumuman mengenai keputusan itu akan dibuat seawal bulan depan dan dilihat sebagai respon kepada ancaman tarif yang dikecohkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, walaupun pada masa sama dilihat akan melonggarkan peraturan pasaran di China.
Tarif rendah itu bakal memanfaatkan pengeluar jenama premium kerana produk masing-masing dapat dijual lebih kompetitif dengan pesaing yang dipasang secara tempatan.
Pada minggu lalu, China mengumumkan akan membenarkan pengeluar kereta asing memiliki lebih 50 peratus pegangan dalam usahasan dengan pengeluar tempatan dalam usaha membantu angka jualan di pasaran kereta terbesar dunia itu.
Kereta yang dibuat di Amerika Syarikat (AS) juga beroleh manfaat, seperti Tesla, tetapi masih perlu berdepan penghalang tambahan kerana China mengancam mengenakan tambahan duti import 25 peratus duti import, terutama kenderaan buatan AS.
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply