• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Siapa Menang Lumba Drag? Hyundai i30 N vs Volkswagen Golf GTI

#Videotomotif: Siapa Menang Lumba Drag? Hyundai i30 N vs Volkswagen Golf GTI

April 25, 2018 By admin.pandulaju 6 Comments

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIGA aksi lumba drag dan tiga keputusan yang sama.

Hot-hatch baharu, Hyundai i30 N sedia menjadi buah mulut ramai peminat permotoran, tetapi apakah model itu hebat seperti dikecohkan? Mampukah menandingi model popular kesukaan ramai seperti Volkswagen (VW) Golf GTI dalam aksi lumba drag?

Kepada mereka yang ragu-ragu, portal permotoran dari Australia, CarAdvice  menemukan kedua-dua model itu di litar Heathcote Park Raceway, Australia bagi menentukan siapakah juara hot-hatch. i30 N atau Golf GTI?

Ada tiga aksi drag berbeza ditetapkan, iaitu:

  • Mengaktifkan ciri Kawalan Luncur @ Launch Control
  • Tanpa Kawalan Luncur
  • Tanpa ciri Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)

Seperti dipaparkan video di bawah, Golf GTI jelas tidak mampu menyaingi i30 N, malah dimalukan dalam ketiga-tiga ujian perlumbaan tersebut. Namun, model Golf GTI yang digunakan itu pula bukan pesaing sebenar mengikut perbandingan 1:1 atau epal dengan epal.

BACA >>> Hyundai i20 N Sedia Cabar Ford Fiesta ST, VW Polo GTI

Model hot-hatch VW itu hanyalah GTI edisi khas versi asal yang berkuasa 230hp berbanding Hyundai i30 N, 275hp. Jika ditanya tentang transmisi Golf GTI itu, sama ada manual 6-kelajuan ataupun automatik DSG 6-kelajuan, kami mengandaikan ia dipacukan transmisi manual.

Seperti dimaklumkan, i30 N ialah model yang jauh lebih berkuasa pada 275hp. Jadi secara teknikal sudah tentu hot-hatch Hyundai itu memiliki kelebihan 45hp ke atas VW.

GOLF GTI TEWAS?


Berdasarkan video di bawah, Golf GTI tewas dalam ketiga-tiga aksi perlumbaan dengan margin ketara, atau sekurang-kurangnya apa dapat kita lihat secara visual. Tetapi angka catatan masa menunjukkan sebaliknya seperti dimaklumkan pemandu uji CarAdvice dalam komen YouTube yang menunjukkan perlumbaan itu sebenarnya agak sengit.

i30N melepasi jarak suku batu (400m) dalam catatan masa 14.365 saat pada kelajuan 158.69kmj, manakala Golf GTI melakukan mencatatkan masa 14.787 saat pada kelajuan 158.89kmj dalam jarak sama.

Jika anda tertanya-tanya tentang harga, i30 N adalah jauh lebih murah untuk dimiliki di Australia. Dalam versi Performance, hot-hatch dari Korea ini berharga A$39,990 (RM118,346), manakala Golf GTI  seperti dalam video tersebut berharga A$1,000 (RM2,966) lebih mahal dengan transmisi manual 6-kelajuan.

BACA >>> Hyundai i20 N Sedia Cabar Ford Fiesta ST, VW Polo GTI

Walaupun perbandingan dilakukan mungkin nampak tidak begitu adil secara keseluruhan, ia masih dapat menonjolkan keupayaan Hyundai dalam menghasilkan kereta menyeronokkan menerusi i30N, Veloster N dan model akan datang, i30 N Fastback. Kehadiran tiga model itu dilihat bakal merintis projek menarik untuk barisan model baharu siri N.

SUMBER: Motor1.com

Related

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: drag, hot-hatch, hyundai, Hyundai i30N, lumba drag, Roda4, videotomotif, Volkswagen, Volkswagen Golf GTI

Comments

  1. Man says

    April 26, 2018 at 1:48 AM

    Letak sekali proton suprima

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev