• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Ayam Cemani Jadi Ilham Mofifikasi Suzuki Satria @ Belang

#BikinMotor: Ayam Cemani Jadi Ilham Mofifikasi Suzuki Satria @ Belang

April 24, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

561
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN nama Suzuki Belang R150 di Malaysia, motosikal itu juga dikenali sebagai Suzuki Raider 150 (Thailand, Filipina) atau Suzuki Satria 150 (Indonesia). Di negara ini, Belang terkenal dengan ketahanan dan prestasi ditawarkan walaupun mungkin tidak sepopular pesaing lain.

Pemilik Belang aka Satria dari negara seberang, Kelly Nugroho tampil berbeza dengan tidak mengikut trend modifikasi anak muda zaman kini yang kerap bermain dengan warna. Dia memutuskan melakukan ubah suai sederhana sahaja dengan memilih warna hitam.

BACA >>> #BikinMotor: BMW G 310 R Street Tracker - Naked yang Lebih Naked

Menurut Kelly, Satria F150 Black Predator 2016 itu dihasilkan seperti ayam Cemani menerusi paduan warna hitam dengan beberapa motif tengkorak dan kemasan gentian karbon di beberapa bahagian badan. Kelly menamakan motornya itu sebagai 'Blackened' (hangus, terbakar?)

Suzuki-Satria-150
Suzuki-Satria-150
Suzuki-Satria-150

“Blackened boleh diertikan hitam tetapi bukan hitam polos. Jadi saya tambah grafik tengkorak yang warnanya juga monokromatik (hitam putih), dari jauh nampak hitam tetapi apabila tengok dekat barulah nampak tengkorak," katanya.

Nampak saja ringkas, tetapi prosesnya tidak mudah kerana badan Satria yang kecil agak sukar untuk dilukiskan imej tengkorak yang dapat dilihat tetapi tidak melampau. Tambah Kelly lagi, kebanyakan  Satria di Indonesia jarang bermain dengan grafik strip dan lebih memilih bahagian fairing depan kerana sosok tubuh jentera yang kecil.

Semua penampilan aksesori difikirkan teliti dengan memilih beberapa alat ganti berwarna menyerlah sebagai aksen. Bermula absorber dan peredam stereng Öhlins, grip tangan hingga lampu projektor.

“Lampu depan saja dibiarkan ceria yang boleh diset warna mengikut mood," kata Kelly.

* Ayam Cemani - sejenis ayam baka Indonesia berwarna hitam legam. Cemani ialah nama perkampungan di pulau jawa, tempat asal baka ayam tersebut.

SPESIFIKASI

SUZUKI SATRIA F150 BLACK PREDATOR

Tayar: Bridgestone Battlax BT39SS
Lampu Utama: Kustom
Gad Tuil: Bonamici Racing
Stabiliser: Hyperpro
Penapis Udara: Uni Racing
Piggyback ECU: Two Brothers
Peg Kaki: Over Racing
Absorber Belakang: Ohlins
Kaliper Brek Belakang: Brembo
Ekzos: Over Racing

GALERI

SUMBER: NaikMotor

Related

561
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: bikin motor, Indonesia, Kapcai, Kelly Nugroho, Modifikasi, Suzuki, Suzuki Belang R150, Suzuki Raider 150, Suzuki Satria 150

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev