• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 5 Trend Mat Motor 90-an yang Kini Tinggal Memori Manis

5 Trend Mat Motor 90-an yang Kini Tinggal Memori Manis

May 17, 2018 By Aryon Leave a Comment

7.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ERA 90-an boleh dianggap sebagai 'pop culture' dalam dunia motosikal Malaysia yang membentuk trend dan stail tersendiri di kalangan mat motor negara ini. Harus diakui tercetusnya budaya popular itu banyak dipengaruhi impak penganjuran siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia pada 1994.

Ramai mat motor mahukan motosikal mereka memiliki penampilan seperti jentera cub prix yang pastinya tidak sah untuk tunggangan jalanan. Namun, ada beberapa karakter cub prix (semestinya sah piawaian abang JPJ) yang diadaptasi mat motor 90-an dan kemudian menjadi trend tersohor seluruh negara.

1. GUNA ASAP PELITA UNTUK GELAPKAN LAMPU BELAKANG

lampu-led-vixion-tinted
pelita

Rasanya trend paling bajet ini sudah pun pupus sekarang, tetapi pasti tetap dikenang mat motor 90-an. Dulu, harga pelekat gelap atau tinted bukan murah walaupun bersaiz kecil. Saiz pelekat tinted sekecil bentuk panel meter saja sudah berharga RM5-RM10. Saiz tinted lampu belakang pula perlu dikustom sendiri dan perlu dipotong secermat mungkin supaya tidak tersilap.

Jadi antara penyelesaian mudah ialah beli atau pinjam (baca: rembat) atuk punya pelita. Asap daripada pelita yang dinyalakan akan dilayurkan pada bahagian dalam lampu belakang. Nah, jelaga yang terbentuk daripada kepulan asap hitam pelita itu akan meninggalkan kesan tinted sehitam-hitamnya pada lampu belakang.

Kelemahannya pula, kesan hitam lampu belakang tinted pelita itu mungkin tidak sekata dan nampak bertompok apabila lampu dipasang. Kelebihannya, tidak perlu risau ditahan polis atau JPJ kerana kesan asap itu boleh ditanggalkan serta merta dan diulang buat semula.

Tidaklah kecewa sangat berbanding pelekat tinted yang dikoyak abang polis dan JPJ di depan mata. Ingat, pada masa itu, trend lampu belakang motor tinted dilihat sebagai kesalahan serius.

2. POTONG  SEAT RATA

potong-seat-motor-2
potong-seat-1

Trend ini asalnya bermula daripada scene drag kapcai. Pelana atau seat motor joki biasanya akan dipotong layang atau rata supaya senang beraksi Superman untuk mendapatkan kesan aerodinamik bagi memenangi sesuatu perlumbaan.

Pelumba cub prix turut memotong seat jentera mereka kerana posisi menunggang perlu menunduk, juga untuk kesan aerodinamik. Apabila menunduk, pelumba perlu mengubah posisi punggung ke belakang seat untuk mendapat postur tunggangan yang selesa.

Potong seat bagi mat motor 90-an berada dalam ranking paling atas sebagai modifikasi asas sebaik saja membeli motosikal (abah bayar). Jangan tidak tahu, populariti potong seat menyaksikan kewujudan beberapa bengkel khas yang menawarkan khidmat memotong seat motosikal sahaja mengikut cita rasa penunggang.

Pembalut akan dibuka, sebelum span atau kusyen seat dipotong dengan pisau panjang (seperti pisau roti). Jika tersilap potong, lebihan span tadi akan digam semula dan digosok dengan kertas pasir hingga mendapat bentuk seat idaman penunggang.

Seat kemudian akan dibalut semula dengan pembalut asal yang dibuka. Sesetengah penunggang memilih mahu membeli pembalut seat baharu yang ditawarkan dalam pelbagai warna, material dan tekstur serta siap ada cop jenama, logo atau slogan tertentu.

Antara material pilihan ialah jenis PVC licin yang fungsinya membuatkan pembonceng (sudah tentu makwe) tergelincir rapat ke belakang badan ketika membrek. Bukan hanya kapcai, motor streetbike seperti RX-Z pun turut dipotongkan seat. Ranggi katanya.

3. RIM ALOI EMAS + SPOKE KROM

rim-aloi-emas-motosikal
rim-krom

Rim aloi emas pernah jadi kegilaan mat motor 90-an di Malaysia. Seakan jadi kepuasan maksimum seandainya seseorang penunggang itu berjaya memasang rim aloi emas pada motosikalnya. Tidur akan jadi lebih lena dan hati akan sentiasa berbunga bahagia, manakala gaya tunggangan jadi mantap tiba-tiba.

Keseronokan meningkat berkali ganda apabila set rim yang dipasang, dipadukan pula dengan set jejari atau spoke krom berkilauan. Perghhh, memang punggung rasa panas semacam kalau sehari tidak keluar ride. Ada sesetengah penunggang menjadikan amalan menggilap rim dan spoke dengan Brasso sebagai rutin hujung minggu. Antara kelemahan spoke krom ialah kurang lasak dan mudah patah kalau tayar termasuk lubang.

4. PELEKAT REFLEKTOR TEPI RIM

pelekat-reflektor-2
pelekat-reflektor

Inilah trend yang paling menepati ciri keselamatan jalan raya. Tidak diketauhi entah daripada mana trend ini muncul. Ramai mat motor 90-an biasanya akan memasang pelekat reflektor cahaya (kuning atau putih) pada tepi bingkai rim. Pelekat reflektor itu akan digunting kecil dalam ukuran lebih kurang 10sm. Ada sesetengah penunggang akan melekatkan reflektor sekeliling bingkai rim, tetapi gaya begitu kurang digemari dan kerap mengundang cemuhan serta dianggap try hard. 

Kesannya? Apabila motosikal disuluh lampu kenderaan lain pada malam hari, reflektor yang dipasang akan memberikan efek pantulan cahaya yang berputaran mengikut golekan tayar. Selain nampak garang pada malam hari, trend ini juga mampu meningkatkat keyakinan menunggang.

Sesetengah mat motor turut memasang pelekat reflektor cahaya pada hab tayar, iaitu ruang di celahan antara sprocket dan rim belakang. Efeknya juga sama seperti melekatkan pelekat pada rim.

5. TUKAR MINYAK HITAM SHELL ADVANCE

Minyak hitam Shell Advance boleh dianggap sebagai minyak lejen. Kerap jadi pilihan ramai penunggang kerana boleh dikatakan sentiasa ada di mana-mana bengkel motosikal tidak kira di desa atau bandar. Ini memudah penunggang menggunakan jenis minyak hitam sama setiap kali melakukan penyenggaraan motosikal mereka. Jadi, tidak perlulah pusing keliling bandar dan kampung untuk cari jenama minyak hitam tertentu yang payah dijumpai.

Ketika trend motosikal lain sudah tenggelam ditelan masa, Shell Advance kekal relevan sebagai trend dan pop culture mat motor Malaysia. Selain mudah dan berharga patut, semestinya Shell Advance menawarkan 5 manfaat optimum terhadap enjin motosikal, dari segi:

  • Perlindungan suhu tinggi
  • Mengekalkan tahap kuasa jentera
  • Penjimatan bahan api
  • Membersihkan piston
  • Panjangkan jangka hayat komponen

Jadi, memang tidak hairan kenapa mat motor pilih Shell Advance sebagai jenama minyak enjin pilihan.:)


PROMOSI SHELL ADVANCE - MENANG DUCATI MONSTER 797

[adrotate banner="65"]

Tahukah anda, Shell kini sedang mengadakan kempen promosi Shell Advance berbentuk peraduan ‘Beli, Jawab dan Menang’ dengan menawarkan hadiah menarik. Cara peraduan juga cukup mudah, cuma perlu ikut langkah seperti berikut:

  1. Beli sebarang minyak 4T Shell Advance dengan minimum RM25 (sebelum GST) dalam satu resit tunggal
  2. Jawab soalan
  3. Ambil gambar resit
  4. WhatsApp atau e-mel maklumat berikut:
  • Nama
  • Jawapan
  • Resit
  • Nombor telefon / e-mel
  1. Hantarkan kepada: 018-379 1326 ATAU [email protected]

Berikut butiran lengkap mengenai peraduan ini:

  • Tarikh Peraduan: 1 April 2018 – 31 Mei 2018
  • Hadiah
    – 2x Hadiah Mingguan – Oakley Shades
    – 1x Hadiah Utama – Ducati Monster 797
  • Keputusan mingguan akan disiarkan di laman Facebook Shell dan laman web Shell.com.my

Nak dapatkan minyak pelincir Shell Advance? Mudah saja, anda boleh beli di SINI. Untung-untung dapat menang Ducati Monster 797

Related

7.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, Budaya Popular, CUB PRIX, Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Pop Culture, roda2, Trend

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev