• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 5 Skil Asas yang Penunggang Baharu Wajib Mahir!

#TahukahAnda: 5 Skil Asas yang Penunggang Baharu Wajib Mahir!

April 26, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAIKLAH, anda sekarang sudah lulus lesen memandu dan kini layak menunggang motosikal di jalan raya Malaysia. Sekarang masanya untuk lupakan seketika segala keperluan dokumen dan mula fokus kepada tip menunggang seperti di bawah.

Ingat, ada 5 skil yang perlu anda mahir semahir-mahirnya.

1. KENAL JALAN RAYA

Antara contoh situasi takat lenyap atau vanishing point yang perlu dipelajari penunggang.

Bagi pemandu, ada beberapa pengetahuan jalan raya perlu dihadam: budi bahasa, bulatan, simpang, tanda jalan, dan lain-lain. Tetapi bagi penunggang motosikal, anda perlu tahu lebih banyak lagi: kemampuan untuk merancang bagaimana memotong kenderaan lain. Bagaimana membaca selekoh? Bagaimana menggunakan takat lenyap (vanishing point), iaitu penjuru jalan paling hujung.

Semua skil tersebut tidak dapat dipelajari dengan membaca buku, atau menerusi ujian memandu. Anda tetap perlu menunggang di jalanan dan berlatih serta berfikir tentang gaya tunggangan anda.

2. KONSENTRASI

Mesti fokus, tapi jangan sampai lupa pakai helmet.

Penunggang veteran sudah biasa dan sudah tersemat dalam minda di bawah sedar. Penunggang baharu pula kerap tertekan dengan pengalaman baru dan keperluan menggunakan fikiran secara intensif. Jangan terlampau mencuba atau try hard, dan teruja mahu berkonvoi jarak jauh sebaik saja selepas dapat lesen. Kumpul dulu pengalaman dengan buat trip pendek supaya anda dapat melatih konsentrasi, terutama ketika keletihan sebelum berani menyertai mana-mana trip jarak jauh.

3. PEKA SEKELILING

Mesti sentiasa siap sedia dengan kondisi jalan raya dan keadaan sekeliling.

Daun basah atas jalan. Tumpahan minyak di bulatan. Suluhan lampu dari arah bertentangan ketika menunggang dalam gelap. Dan lain-lain lagi yang terlalu banyak untuk disenaraikan. Sesetengah penunggang memilih untuk mengambil berat semua klu tersebut, dan ada pula mengabaikannya.

Namun semua situasi disebutkan itu memerlukan lebih daripada ajaran cikgu sekolah  yang hebat. Jadi, apabila anda menunggang, fikirkan tentang apakah yang berlaku di sekeliling dan bagaimana ia mungkin menjejaskan tunggangan dan motosikal anda.

4. MENUNGGANG BERKUMPULAN

Wajib ada pengalaman sebelum cuba berkonvoi.

Jika anda masih baru dalam dunia motosikal, memang mudah rasa teruja apabila dapat mengikuti konvoi yang turut disertai penunggang berpengalaman. Situasi ini cenderung mendorong penunggang baharu menunggang lebih laju di luar tahap selesa kerana bimbang ditinggalkan rakan konvoi lain, atau tersilap jalan.

Seperti disarankan di atas, pastikan anda ada sekurang-kurangnya beberapa bulan pengalaman menunggang sebelum menyertai sebarang konvoi. Jika mahu juga berkonvoi, pastikan ada rakan penunggang yang boleh sentiasa menunggang bersama dan tidak sesuka hati meninggalkan budak baru belajar seperti anda.

Ingat, keselamatan lebih penting daripada keseronokan. Motosikal bukan tentang kelajuan saja, tetapi persaudaraan.

5: MENGAWAL JENTERA

Mesti mengambil selekoh dengan betul dan kenal pasti had motosikal.

Ini tentang keupayaan mengambil selekoh pada masa dan tempat yang tepat. Begitu juga kemampuan membrek kecemasan dalam situasi jalan basah tanpa menyebabkan tayar depan terkunci. Tidak dilupakan bagaimana menggunakan gear dengan tepat, termasuk takat rpm.

Cuba belajar mengambil selekoh tanpa tersasar di laluan bertentangan atau mengubah laluan kerana itu amat berbahaya. Cuba menunggang dengan lancar dan yakin. Kenali karakter dan kemampuan motosikal anda.

Dah faham?

SUMBER: MCN

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, novis, penunggang baharu, roda2, skil asas menunggang, skil menunggang, tip motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev