• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CONFIRM: Proton Perdana 2016 Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan

CONFIRM: Proton Perdana 2016 Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan

October 3, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Proton Perdana 2016-pandulajudotcom-07

SEPERTI mana yang anda tahu, Proton Perdana 2016 sudahpun membuat kemunculannya dalam filem Kapsul.

Kami difahamkan, model dalam filem Kapsul hanyalah model prototaip dan kini sudah menerima beberapa lagi perubahan. Bagi model yang dipamerkan di Karnival 'ALAMI PROTON', kami dimaklumkan ia adalah model sebenar yang akan dijual kepada orang ramai. Malangnya, ia masih 'berselimut' dan kami masih belum berpeluang menyaksikannya secara live.

Jika anda perasan dalam filem Kapsul, rekaan belakang Proton Perdana 2016 ini hampir sama seperti model Jaguar XF. Cuma membezakannya adalah kedudukan nombor plat berada di bawah (bampar) manakala Jaguar XF pula berada di bahagian tengah.

Bagi Pandulaju.com, rekaan belakang yang menyerupai Jaguar XF tidaklah mengejutkan memandangkan ia menjadi salah satu penanda aras untuk pembinaan Proton Perdana 2016.

Proton Perdana 2016-pandulajudotcom-04

Walau bagaimana, kami dimaklumkan Proton Perdana 2016 akan menggunakan enjin Honda Accord. Bagi fasa kedua pula, kemungkinan Proton akan menggunakan enjin keluarannya sendiri.

Dari segi saiz pula, Proton Perdana 2016 adalah lebih panjang iaitu 4,999mm berbanding model Accord generasi ke-8 yang hanya memiliki panjang 4,849mm.

Berita kami terima pagi tadi, model ini akan dilancarkan awal tahun hadapan. Apa yang kami harapkan, moga-moga Proton benar-benar bersedia sebelum menjualnya. Sama-sama kita nantikan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: DRB-Hicom, karnival, Proton, Proton Perdana 2016

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev